Friday, August 23, 2013

Akasia CINTA JANNAH


Assalamualikum..

Apa yang nak saya nyatakan adalah mengenai satu drama ni.. tajukknya CINTA JANNAH. Rasanya saya da terlambat post pasal ni..tapi x kira!! Nak bagi tahu jugak. Dengar kata tajuk telah ditukar dari tajuk asal iaitu SYURGA TANPA BIDADARI (I think the old one is better).

Tapi cerita ni agak hot la jugak.. sebaabbbbbb... Airel Zafril berlakon (x minat pun sebenarnya dgn mamat ni..hahaha)..tapi sbb tgok dalam drama ni dia sangat smart..boleh jugak buat kita-kita yang muda remaja ni cair.. gandingan pulak dengan artis perempuan yang da meningkat naik.. sape lg kalo bukan Nelydia Senrose.










sinopsis CINTA JANNAH


Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.


Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.


Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.


Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.


Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? Saksikan drama bersiri baru, Cinta Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013, semestinya di TV3!
Sumber: http://www.budiey.com



Saya tengok by on9 je.. sbb masa2 ni masa balik kerja.. lagi2 waktu maghrib..memang x sempat nak bukak tv. So sape2 yang suka tengok drama ni saya recommended sangat2.. Ni antara cerita yang bukan dari adaptasi novel. Faham-faham la sekarang trend drama sekarang semua nak adaptasi.


Okey chawww..