Thursday, April 18, 2013

Sungguh! Aku Gilakan Kau- Izz Alejandra

Salam..hari ni nak mengreview novel SUNGGUH! AKU GILAKAN KAU karya Izz Alejandra..
Masa tengok tajuk novel ni pun sy da macam terpikat..lepas tu ada orang ckp best..terus p beli..hehe..sememangnya memang x rugi beli lepas sy membacanya..:)





Walaupun kisah yang biasa2..tp novel ni ada kekuatan yang tersendiri..penceritaan dan bahasa pun boleh buat kita meneruskan pembacaan..

Kisah Adrianna(Rene) dan Danial yang memang berkawan baik sejak dari zaman universiti. Seterusnya, Rene kerja di company Danial. (x pasti sbnrnya..Danial ni keje company apa then Rene ni keje sbg apa..tp x kisah pun..benda ni x menganggu kisah mereka.)

Okay..Danial ni sbnrnya bukan orang Melayu. Tapi..dia mix indian & chinese. So muka dia mcm melayu la kan. Kisahnya..Rene ni didesak maknya suruh kawin nk bercucu katanya..sbb Rene da berumur 27tahun. Rene ni x pernah bercinta..sbb dia susah nak jatuh cinta..lagi2 takut nak buat satu perhubungan..takut terjadi macam kisah mak n abah dia..so semua tu dia luahkan kat Danial.

Sampai satu masa..dia nak buat rancangan 'MEGA' dan diceritakan plan dia tu kat Danial. Rancangan dia..dia nak cari sorang lelaki..then kawin lepas tu dapat anak sorang cerai.. Danial ni bantah la plan yg nak dibuat oleh Rene... tapi Rene cakap tu jela satu cara yg dia boleh buat.

N then..Danial meng'ofer'kan diri dia sendiri sbg suami Rene. Itu pun sbb Rene ni tersangatlah cerewet nak cari pasangan. Jadi, semua pakej yg Rene nak semua ada kat Danial. Tapi Rene x nak..sbb dia x tau nanti mcm mana perhubungan dia dgn Danial lepas mereka kawin n then berpisah. lagi2 Danial bukan Islam. Lepas tu rupanya Danial bgtau dia da lama convert..apa lg marah la Rene sbb Danial x pernah pun beritahu Rene. So kecik la ati Rene sbb selama ni pasal dirinya dia cerita kat Danial. Tapi kejap je Rene merajuk sbb kawan baik dia tu pandai sgt pujuk..hehe

N then..bila Rene menolak Danial..Danial kenalkan Rene dgn Iman (kwn Danial). Da kenal2, Iman boleh pulak larang Rene jumpa Danial lepas ni. Apa lagi..marah la Rene..sbb bg Rene dia lebih sygkan persahabatannya dgn Danial dari perhubungannya dgn Iman yg baru je lagi. So mereka pun stop kawan.

Tapi, kalau jodoh x kemana kan. Mak Rene suka sgt kat Danial. So daripada Rene pilih entah sapa2 mak dia x kenal baik dia pilih Danial yg memang mak dia da syg. So mereka pun berkahwin. Tapi Rene meletakkan syarat..

"Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?"

Tapi..janji tinggal janji..akhirnya Rene yg terjatuh cinta kat Danial...hehe..tp dia x ckp..sebab dia x tau lg hati Danial mcm mana...sampai Rene takut lepas dia mengandung dan bersalin Danial akan tinggalkan dia...aiseyy..terus terang kan senang..tp sy faham..kalau terus terang kejap pulak cite ni habis kan..hehe


Masa pembacaan kisah diorg ni..rasa nak hempuk je kepala si Rene ni..sebabnya..Rene ni memanglah tersangat BLURRR sperti yg dikatakan Danial..nak tau..sebabnya dlm kisah diaorg ni kita boleh nampak mmg Danial cinta, sayang dan juga GILAKAN si Rene ni dari dulu lagi.. dengan aksi2 romantik dan terlebih gula yg ditunjukkan kat Rene kita da boleh nampak dan agak..tapi Rene ni x dapat nak tangkap segala perbuatan dan percakapan yg ditunjukkan Danial kepada Rene..


Seriously SANGAT2 suka Danial treat Rene....byk kisah lagi berlaku..cemburu..sakit hati dan mcm2 lagi la..baca la sendiri..kalo cerita x best nanti..


Novel ni bg sy bacaan ringan & santai tp sangat menarik...x delah peningkan kepala..walaupun kdg2 sakit ati jugak..tp yg pasti akan tersenyum je dgn karenah mereka...really fun baca novel ni..try la..mmg x rasa tebal masa baca..:DD

Friday, April 12, 2013

Anak Teruna Makcik Rahimah- Sakeena



Salam..hye........harini nak review lagi novel terbaru yang aku da baca..


Lepas je beli kat POP semalam..aku terus bukak then dalam masa 12 jam..dapat habiskan baca novel ni..wehoooo..so kalo da dapat habiskan x sampai satu hari..faham2 je la kan..



Okay..kisahnya bermula bila Ain Zahra yang terlanggar seorang Doktor Amr Waseem kat satu hospital tempat dia bekerja..masa tu Doktor tu tgh pegang secawan kopi..so apa lagi..tumpah la kan..dan bermulanya perkenalan diorang...Sejak dari haritu..setiap seminggu mesti diorang ditakdirkan bertemu. Si Ain panggil si Waseem Encik Kopi..n then Waseem panggil Ain Cik Tool Bag..masa ni mereka x tau lagi nama masing2 sampai la satu masa mereka di masukkan dalam satu kumpulan masa camping.

Mereka ni x la mcm anjing dan kucing..cuma nampak diantara mereka x ada keserasian..macam x boleh nak ckp baik2 la..x de la gaduh2 mcm sesetengah watak dalam novel kan.

Lepas tu, abg si Ain ni nak sponsor satu keluarga pergi umrah..(wah..untungnya dpt abg mcm Ain..hehe)..dan...pada masa ni la.....Ain bertemu dengan makcik Rahimah. Ni pun berlaku masa Ain duk tolong Makcik tu yg terjatuh..then ter'Berkenan' la si Makcik Rahimah ni DGN Ain..dan terus dia usulkan nak jadikan Ain menantu dia..lepas tu ter'Bertunang' la Ain kat Makkah tu jugak dgn anak Makcik Rahimah ni yang Ain x kenal pun sapa...

So seperti biasa..x lari dari cerita novel lain..kawin paksa..arrangement married:)..

Yang pastinya korang dpat agak sape la anak teruna Makcik Rahimah ni..dan tentunya ialah..si Encik Kopi tu..hehe

Dalam terpaksa, tanpa rasa cinta Ain pun terima jugak si Waseem sbg suami dia.. dan Ain mmg x dpt terima Waseem sbg suami yg sebenar-benarnya......

Selepas beberapa bulan..Waseem pulak meluahkan perasaan yg dia sukakan Ain..tp Ain still x dpt terima..I like Waseem..sbb dia x memaksa..dan sanggup tunggu Ain..dia cakap Ain memang anugerah dari Allah untuknya..ayat yang paling best Waseem ckp kat Ain>>

"Im good at seducing. Abang bersyukur sebab dapat Ain..Let me in?"
"Masuk mana?"
"Your heart."

Lepas Ain mula belajar menerima Waseem..Waseem pula kena ke Kemboja menjadi sukarelawan kalau x silap..
Masa ni la konflik berlaku.....

"I miss You"
"Me too." Aku cakap dalam sedu-sedan.
"Mesti Ain nampak muka abang je kan sepanjang abang tak ada n?"
Aku angguk.
"See...I've told you. Tu baru seminggu kalau setahun ke sepuluh tahun?"
"Aaaa..tak mau."
"Sayang abang la ni?"
Aku tunduk sambil renung kaki aku sendiri.
"Sayang tak?"
Diam lagi.
"Tak pe, tak sayang abang nak balik Kemboja."
"Sayang!" Tiba-tiba je keluar dari mulut.

Yang pasti cerita ni sangat comel..suka cara Waseem treat Ain.. x pernah nak marah2 la..majuk2 manja je dgn Ain..Hehe..




"A great marriage is not when the 'perfect couple' comes together. It is when an imperfect couple learns to enjoy their differences."

Wednesday, April 10, 2013

Nasi Lemak Buah Bidara- April Snow

Salammm..

Lama da tak update blog..kemalasan sgt melanda sekarang..baca novel pun x sempat..apatah lagi nak review..

So sy review novel2 yg sy rasa SANGAT best je la ye..hehe





Rasa menyesal SANGAT tak baca novel ni awal2..novel ni da lama pending dari tahun lepas lagi..

sebab bila org bg review kita da dapat bygkan kisah dia..bak kata orang seperti cinderella..so pikir malas la nak baca dulu... tapiii..rupa2nya baca novel ni memang tak boleh nak berhenti..serius!! sampai waktu lunch pun kat office sy sanggup membaca (selama ni tak pernah pun nak buka novel kat office)..:)


saya sukakan kisah cinta mereka.. Akhmal Hafiz seperti putera raja yang dikurniakan sebagai penyelamat untuk seorang Siti Nur...


Dengan teletah Ben, anak tunggal Akhmal yg sgt menghiburkan yg membolehkan wujud rasa sayang dalam diri Siti. Sy ni memang susah nak menangis masa baca novel..tp dalam novel ni..sy nangis masa si Datin Junainah tu pukul Siti sbb ingkar arahannya dan pada masa tu juga dia melindungi Ben daripada tercedera. Ben pulak ceritakan kejadian tu pada ayah dan neneknya. Dapat rasa kesedihan yang dialami Ben dan Siti..


Ketulusan, kebaikan, kecantikan dan keperibadian Siti memang sangat memikat sesiapa sahaja. Hanya orang yang berhasad dengki sahaja yang tidak puas hati dengan Siti seperti Datin Junainah dan Zurene.


Suka sangat bila Akhmal cuba nak memikat Siti. Sehingga Akhmal yg tak sabar2 nak kawin dgn Siti. Yang paling gembira mestilah Ben sebab Kakak Sitinya betul2 menjadi mamanya. Tersenyum je bila Akhmal yg selalu buat Siti malu..hehe..lagi2 tang kenyit mata dia tu..suka sangat kenyit mata..so sweeett..:DD


Sangatlah puas hati baca novel ni..Yang pasti kisahnya Happy Ending!!




Ni sy x review menyeluruh..kalau nak tau kisah dia boleh la beli novel ni..gerenti x rugi..:DD