Tuesday, October 21, 2014

PA UNTUK DIA, SYAMNURIEZMIL REVIEW


Novel Syamnuriezmil kali ni, PA UNTUK DIA antara novel yang paling saya suka. Sangat-sangat lah comel watak-watak dalam novel ni. HAN-YARA-ONN. Rasa nak bagi beribu-ribu bintang dan berbijik-biji lemon..hehe.. Sebab saya sukakan novel ni..walaupun agak klise, tp cara penceritaannya amat memikat hati si pembaca (saya lah tu).

PAUD mengisahkan YARA AISYA YAZID (Yara) yang bekerja sebagai PA kepada Tan Sri Wazir. Tapi disebabkan Tan Sri ini dimasukkan ke hospital, secara tiba-tiba Yara mendapat bos baru. Siapa lagi kalau bukan anak bos Tan Sri Wazir, HANANIA WIDAD WAZIR (Han). Han ni pula karakter dia sangat serius. Yara yang happy go lucky ni pun terpaksa ikut cara bos baru dia. Bagi Yara, Han ni bukan taste dia. Di sebabkan rasa tak puas hati terhadap Han, Yara selalu mengadu kepada ONN ANDRE OTHMAN (Onn), si pemilik kedai kopi yang selalu Yara beli untuk bos-bos dia setiap pagi (tapi sejak Han jadi bos dia, dia kena beli teh pulak). Dalam meluahkan perasaan pasal bos barunya kat Onn, rupanya Onn senang dengan Yara dan makin jatuh hati dengan Yara. Dari situlah Yara makin dekat dengan Onn.

Perhubungan Yara dengan Han pula makin tidak sebulu. Sehingga satu hari, Han yang terlanggar ayah Yara. Dari situ lah perangai Han berubah. Dia mula baik dengan keluarga Yara. Tapi Yara ni memang lembab. Rasa Han banyak bagi hint. Tapi kerana ego, dia buat tak tahu dan mula rapat dengan Onn. Onn pula mula meluahkan perasaan. Yara pula walaupun dia suka kat Onn yang selalu menceriakan hatinya, tapi dia masih teragak-agak. Jadi Yara mengatakan pada Onn dia akan memberikan jawapan selepas balik dari Indonesia.

Yara pada mulanya tidak mahu ke Indonesia kerana perlu tinggal ke sana selama sebulan. Tapi disebabkan kesiankan Han, dia mula terima tawaran tersebut. Itu pun disaat-saat akhir. Nyata Han sangat gembira. Pada masa itulah Han mula mengambil tindakan menkucar-kacirkan hati dan perasaan seorang Yara.
Pada masa ni memang suka sangat kat Han. Dia memang bijak dalam memikat Yara walaupun cara dia menyakitkan hati Yara. Sampai satu saat, mula buat Yara cemburu. Tapi Yara tak mengaku. Bila Han yang mula memaksa, dengan tidak berfikir panjang Yara mnelefon Onn dan menerima lamaran Onn. Onn gembira. Han terdiam..Yara??

Apa yang terjadi selepas itu? .. Han atau Onn..siapa yang jadi pilihan Yara..?? Yang pasti Happy Ending dan akan membuat kita tersengih di penghujung cerita.

JANGAN JATUH CINTA, ADAH HAMIDAH- REVIEW


Jangan Jatuh Cinta bagi saya agak lain dari yang lain. Rasanya tak de lg penulis yang buat kisah hero yang bepenyakit mental. Walaupun kisah berpenyakit mental adalah satu simptom penyakit yang serius, tp penulis pandai melakarkan jalan cerita yang membuatkan pembaca tergelak dengan telatah si pesakit ni.

Kisah bermula bila Ana yang mendapat penempatan praktikal di KL. Permulaannya di syarikat tersebut, membawa dia bertemu dengan seorang lelaki pelik. Lelaki tu yang selalu tunggu di hadapan pintu syarikat dan berpakaian hitam. Ana sangkakan pak guard, tapi rupanya lelaki tersebut adalah Encik Afdhal bos company tersebut. Ana ni bg saya adalah seorang perempuan yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang dia ragukan. Dengan penemuan sketch book Afdhal dan perangai bosnya yg agak pelik, membawa dia kepada siasatan apakah yang berlaku. Korek punya korek rupanya Afdhal ni mengalami penyakit mental atau tekanan perasaan.

Dari peceritaan Abg Joe, kwn Afdhal yang bosnya tidak mahu membuat rawatan, Ana mula ingin membantu bosnya itu. Lagi-lagi bila dia ada abang sepupu, Naim yang bekerja sebagai psikiatrik. Dari situlah dia mula buat bermacam-macam rancangan untuk memulihkan Afdhal. Senjata yang digunakan adalah Dahlia. Dahlia ni adalah orang yang disukai Afdhal. Dahlia pun turut membantu walaupun dia sudah bertunang. Tapi rupanya dalam membantu, Dahlia mula ada perasaan pada Afdhal.

Afdhal pula dalam masa dia sukakan Dahlia, tapi dia tidak boleh jauh dari Ana. Sikit-sikit Ana. Walaupun dating dengan Dahlia, nama Ana tetap diingati Afdhal. Tapi setelah terbongkarnya rancangan Ana, Afdhal mula membenci Ana. Afdhal merasakan Ana sama macam orang lain yang mengatakan dia gila. Dari situlah, Ana terpaksa pergi dari hidup Afdhal dengan menghadiahkan coretan di sketch book. Ana merasakan Dahlia akan menjaga Afdhal dengan baik.

Selepas 3 tahun, kenangan dahulu sentiasa membuat Ana teringat akan Afdhal. Mereka berjumpa kembali, dan tidak disangka Afdhal sudah jauh berubah. Tak sangka rupanya Afdhal dah lama ingin bertemu dgn Ana. Bila dapat tahu Ana masih belum berpunya, terus di pinang. Hehe.. Rupanya Afdhal sudah sembuh. Nak tau mcm mana Afdhal sembuh? Bacalah sendiri. Pasti puas hati.

HARI-HARI AKU RINDU, IZZ ALEJANDRA- REVIEW



Novel kedua dari penulis Sungguh Aku Gilakan Kau! mengenai Sarah Nadya(Dhia) yang beranikan diri bertemu degan Khalish Naufal kawan chatting di alam maya. Tapi tanpa pengetahuan Naufal, Dhia sebenarnya bukan orang yang selalu berchatting dengan Naufal selama ni tapi si rakan sekerja Dhia yang gedik bernama Betty yang menggunakan nama Dhia.

Tapi tanpa pengetahuan Dhia, Naufal tahu Dhia bukan org yang sebenarnya dan dari situlah Naufal yang pada mulanya seperti Prince Charming menjadi Monster Beast kerana ingin tahu siapa Dhia yang sebenarnya.

Dengan perangai Naufal yang lepas laku dan kurang ajar membuatkan Dhia bersumpah tidak ingin bertemu Naufal lagi. Tapi disebabkan Dhia ingin melarikan diri dari Fariz bekas kekasih Dhia yang sentiasa mengejar Dhia, membuatkan Dhia kebetulan bertemu kembali dengan Naufal untuk meminta pertolongan. Tapi tidak disangka dari pertolongan tersebut membawa tragedi yang membuat Dhia hilang kesuciannya.

Disebabkan kesilapan tersebut, Dhia disahkan mengandung. Bila Naufal mendapat tahu perkara tersebut, Naufal menyuruh Dhia menggugurkannya tanpa berfikir panjang. Tapi, Dhia tidak tergamak untuk gugurkan dan makin berasa benci kepada Naufal dan menyatakan supaya tidak risau kerana dia tidak akan sesekali menyuruh Naufal bertanggungjawab.

Tapi sebenarnya Naufal ni sangat mengambil berat akan Dhia. Naufal memang tidak pernah melupakan Dhia. Dan dengan keadaan Dhia, Naufal nekad untuk menjadikan Dhia sebagai isterinya.

Cerita ni rasanya x banyak konflik yang buat kita nk baling buku ni..Cuma kadang2 rasa geram kat Dhia yang keras hati. Naufal bukan main mengurat isterinya suruh jatuh cinta kat dia. Macam2 cara dilakukan sampai si pembaca ni pun cair. Tapi Dhia sangat degil. Bila dah kena tinggal baru tau rindu kat suami dia tu. Perangai Dhia rasanya sama juga dengan perangai Rene dlm SAGK. Keras hati dan degil!..

Tahniah kak Izz Alejandra dengan karya kedua ni..

QUEEN CONTROL- ILYA ABDULLAH review



Best jugak cerita ni..sy suka cerita ni...tp byk sgttt typo dlm novel ni..tp sy jenis yang selalu tutup mata je..so dimaafkan..hihi..

Tak sangka QC ni juga cerita tentang kahwin paksa antara hero & heroinnya..Tapi Tasnim je lah terpaksa..Tiryaq rela..

Percutian Putri Tasnim untuk menenangkan perasaan rupanya berakhir dgn perkahwinan bila dia ditangkap khalwat bersama Tiryaq, lelaki yang pernah dijumpai dgn keadaan selekeh dan kolot sebelum ni. Rupanya perkahwinan itu adalah rancangan Tiryaq, yang memang sudah lama jatuh cinta dengan Tasnim walaupun dia tahu Tasnim ni memang taste tinggi, garang, pemarah dan macam2 lah perangai buruk yang dia ada.

Tasnim terpaksa terima Tiryaq, bila ayahnya yang nekad utk mengahwinkan mereka. Selepas berkahwin, Tiryaq tinggal di rumah Tasnim. Mulalah perangai queen control Tasnim yang selalu mengarahkan Tiryaq. Tiryaq pula senang hati bila terima arahan Tasnim yang macam-macam..Tiryaq ni dah macam orang gaji Tasnim lah pulak..Yela..bg Tiryaq asalkan dia dapat memilki Tasnim yang lain tolak tepi..Tasnim pun agak pelik..sbb dia buat begitu supaya Tiryaq merana dan seterusnya akan menceraikannya. Tapi lain pula yang jadi, Tasnim mula terima kehadiran Tiryaq. Dia mula jatuh hati dengan Tiryaq yang sangat suka menyakat dia. Bila Tiryaq takde perasaan rindu pula muncul.

Rupanya Tiryaq ni sebenarnya bukan calang2 orang. Dia merahsiakan identitinya kepada Tasnim. Banyak perkara yang berlaku. Ini semua gara2 Tengku Tyea yang tidak berpuas hati dengan Tiryaq dan Tasnim. Bila dia tahu rahsia antara Tasnim dan Tiryaq, mulalah membuat rancangan supaya Tasnim membenci Tiryaq. Kalau nak tau apa kaitan antara mereka dan apa yg berlaku seterusnya, kena lah baca sendiri ye..

QC bukan sahaja kisah cinta antara Tiryaq-Tasnim.. tapi juga kisah kekeluargaan dan dendam. Banyak watak sampingan yang diketengahkan spt Tihran-Jackie dan Tengku Mirza-Apple...Tp terkilan dan sedih sikit bila penulis x buat pengakhiran bahagia utk watak sampingan ni..tp bak kata penulisnya tak semua kisah itu akan berakhir dengan penamat happy ending...so kena terima lah..janji Tasnim dan Tiryaq bahagiaaaaa...;)

Congrats kak Ilya Abdullah and thank you utk karya yang menghiburkan ini..:D