Tuesday, September 24, 2013

~dIa yANg kAu pILIh~

seriously first time sy dengar lagu DIA YANG KAU PILIH..terus jatuh cinta..masa tu tak tau siapa yang nyanyi..terbuai2 sungguh..walaupun agak sedih music balade dia..apa2 pun boleh dilayan..

JOM LAYANNN~


Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka




Monday, September 23, 2013

NOVEL TERPAKAI UNTUK DIJUAL

Hari ni banyak entry saya update kat blog yer..

Entry kali ni pasal novel lg..saya ada beberapa novel nak letgo..Kalau sesiapa berminat boleh pm sy kat fb yer.. Cepat2 stok terhad... Antara novel sy nak letgo......

SEMUA HARGA TELAH MASUK POSTAGE (POS REGISTER)

1. COKE & SUNDAE- RM13/HA-RM18 (SOLD)
2. SEMALAM YANG KUTINGGALKAN (KN)- RM16/ HA-RM21(SOLD)
3. MAMA MIA SHAZA-RM17/RM22 (SOLD)
4. SESAAT CUKUP BAGIKU-(SOLD)
5. SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUSTISTIK-(SOLD)
6. CINTA 2U.MY-RM18/ HA-RM23(SOLD)
7. VENOM SURIA-RM18/HA-RM25.90





NOVEL DIATAS NI PULA  2 NOVEL RM25..

note: cinta tak sempurna dan cinta sikucing parsi sudah dibooking...Aku kan novelis SOLD


novel karya DHIYA ZAFIRA ni..3 novel RM36..kalau satu hanya RM14..



BUKAN ISTERI SEMPURNA-SOLD
SEMALAM YANG KUTINGGALKAN (KN)- RM16/ HA-RM21(SOLD)

sesiapa yang berminat boleh la pm saya ye.. kalau ada lg..sy akan update..terima kasih.


cara letak FB dalam blog sendiri


Hye..harini tiba2 nak tunjuk macam mana letak profile FB dalam blog sendiri.. Walaupun semua orang da tau..x kira nak tunjuk jugak..sbb sy pun baru buat.. tu pun mintak tunjuk ajar kat blog lain..Terima Kasih.. Harini saya nak shared jugak la..haha..mesti semua gelak..dan cakap.."EKeleh..baru tau ke??" Haha..Tapi disebabkan excited baru tau pasal ni..nk share jugak la kepada sesiapa yang tak tahu lg..so yang da tau..SENYAP!!..haha

Ok..mula2..benda pertama yang perlu kawan2 buat KLIK SINI...Ia dipanggil FACEBOOK BADGES tau..

Lepas KLIK anda akan lihat mcm ni kan..



Okay lepas tu..anda boleh pilih mana2 yang anda suka la..mcm saya..saya cuma ada PROFILE BADGES je..So sy just click profile badge tu.. Lepas tu anda akan lihat mcm dibawah ni..



Lepas da nampak macam ni..anda hanya perlu click yang BLOGGER tu..dari situ akan terus automatic add on ke kita punya blog..

Mudah bukan...Lepas tu boleh lah setting sendiri nak letak kat mana..kiri ke..kanan ke..atas ke..bawah ke..ikut kesukaan sendiri..

So makin lengkap la BLOG anda.. Itu je la nk bgtau..marilah kita sama2 belajar membina blog sendiri..

PEACE!! ^^v


adaptasi Novel Lagi!! Akasia Love You Mr Arrogant

Cinta Jannah da nak melabuhkan tirai sudah...excited tak nak ending??? hope sgt happy ending la yer..
Harini saya nak bercerita sikit tentang cerita baru yang menggantikan Cinta Jannah...Rasanya semua da tau kan.. yang menggantikannya adalah dari cerita novel jugak LOVE YOU MR ARROGANT..

Sebenarnya saya sangat excited!!! Sbb LYMA ni antara novel feveret saya.......



Novel jugak antara novel terawal yang saya miliki sejak berkecimpung minat membaca novel ni..(cheewah ayat)..haha..

Kalau yang suka kisah santai..dengan watak yang cute..tanpa konflik yang berat..novel ni antara pilihan terbaik..Novel ni jugak boleh buat kita gelak dengan telatah watak utama dia Zafriel Irham & Zaara Amirah..

Dulu masa mula membaca, nak tau saya bayangkan sapa sbg watak hero dia Zafriel Irham??

Tadaaa!! Penulis dia yang letak kat blog okay..



Memang sangat sesuai kan mamat korea ni jadi Zafriel Irham... lelaki yang ego..susah nak senyum..asyik membentak je..tp punya sifat ambil berat kat isteri dia walaupun perkahwinan diaorang tanpa dasar cinta.. Walaupun garapan watak Zafriel Irham ni agak menyampah..tapi sy sukaaaa..hehe..COMEL!!

Sekarang!! Tak  sangka novel ni jugak telah diapdatasi.. pemilihan pelakon pun sangat sesuai..saya suka Azlee Khairi yang dipilih menjadi  Zafriel Irham..watak Zaara Amirah pun sangat sesuai dengan walaupun pendatang baru..Tahniah buat penulis Aliesha Kirana..

Antara part yang x boleh saya lupa adalah masa Zaara yang kena kejutkan suaminya Zafriel..haha..Zafriel ni memang susah nak bangun subuh..cara mudah dia kejutkan suami dia..dia baca surah YASSIN kat tepi telinga Zafriel..apa lg..terkejut beruk la Zafriel dengan ketakutan..bijak betul Zaara..

Harap2 drama tidak menghampakan la yer.. Maybe lebih bagus dari novel siapa yang taukan.. Oh!! Sangat x sabar.. 25hb 9 yer kita date sama2..






Ini Sinopsisnya


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.


"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham



Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.



"Apa? Atas lantai ni?"



"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."



"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"



Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.


"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah



Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...




Novel ni bagi saya tak rugi dijadikan koleksi tau...Kalau berminat..boleh beli dari karya seni..gerenti ada stock...kalau nak KLIK SINI..siap ada DISKAUN lg dan FREE POS LAJU!! baru RM15!!