Wednesday, October 16, 2013

cinta 11 Syarat-Muna Mahira



Hari ni nak recommend satu lagi novel..bg saya bestt...:)
Tajuknya CINTA 11 SYARAT karya Muna Mahira..


Permulaan cerita memang agk tragis dan sedih bg watak heroin dia Rasyakeen..sebab dia kena rogol dgn abg sepupu dia yang memang dia anggap mcm abg sendiri.. lagi2 mereka ni memang sgt rapat..disebabkan kecewa dengan seorang perempuan, Syahrie (memang psiko) abg sepupu Rasya lupa akan halal dan haram..mula minum minuman keras..dan disebabkan itu, Rasya menjadi mangsa..


Rasya pula dengan baik hatinya mendiamkan perkara ini..sampai disahkan mengandung pun dia masih lagi tak bukak mulut tentang perkara tu.. sampai ayah dia libas dengan rotan..sedih sangat..tp dalam kesusahan Rasya muncul seorang hero yang telah melindunginya dan sanggup menerima Rasya sebagai isteri. Sape lg kalau bukan Haziq a.k.a Komeng musuh Rasya masa zaman sekolah diorang.



Memang Rasya ni x dapat terima si Haziq sebab dok teringat2 tentang masa lalu, sbb Haziq dulu  selalu kacau dan buli dia sampai dia hampir2 mati. Tapi Haziq ni memang dah berubah..dan memang dia dari dulu dah jatuh cinta dengan Raysa..


suka cerita ni...hehe..NAK LAKI mcm Haziq satu boleh?!!! 




Sangat suka dan terharu bila Haziq yg dpt terima Rasya walaupun dpt tau Rasya ni pernah terlajur dan x suci siap pregnant lg (sbnrnya x tp nk lindungi si mamat psiko tu)..org lain duk maki2 Rasya..Haziq je yg selalu lindungi dan kembalikan maruah Rasya walaupun x tau cerita sebenar.. cuma Rasya tu la..ssh betul nk terima Haziq..duk benci laki dia sbb cerita zaman kecik..degil betul..tp klo x benci x de la cerita kan..haha.. 

Dari situ la..boleh rasa dgn kesungguhan Haziq yg x putus asa memikat isterinya.. Suka perwatakan Haziq..yg suka menyakat Rasya...lepas tu sediakan syarat2 yg agk comel..yg x boleh Rasya nk elak kalau nk habiskan pengajiannya..kalau nak tau apa syarat2 tersebut kena la baca novel ni yer..

Konflik?? Apa lg..si psiko tula..aka pengecut..abg sepupu Rasya, Syahrie yg meragut kesucian Rasya..lepas tu da tau dia rape Rasya boleh larikan diri dari masalah diamkan diri biar Rasya tanggung sorang2..lepas tau Rasya pregnant dan da kahwin dgn Haziq boleh pulak dia menyibuk kat rumahtangga org tu..geramm betull..!!



tahniah kepada penulis, Muna Mahira...mmg best karya kali ni....:DD

Monday, October 7, 2013

nOveL yang highly RECOMMENDED!!

Salam..hye..


Harini merajinkan diri..untuk letak entry kat blog yang rasa akan bersawang je..haha.. so utk elakkan ia bersawang..sy nak la letak entry2 yang baru kat sini..

Kali ni nak cadangkan novel yang bagi saya PALING BEST!! dan MEMANG TAK MENYESAL LA BACA N BELI BUAT KOLEKSI!! SERIUSS.. (ni pada pandangan saya la..x tau la org lain kan)..

Okayy.. antara novel pertama yang aku rasa sgt berbaloi utk dibuat koleksi....



~DIA RANDOM GUY~

novel ni antara novel favourite saya..kalau baca banyak kali pun rasa x puas..hahaha..memang best..menghiburkan..rasanya dari awal hingga akhir buat kita teruja je..oh sgt bestttt..
dengan telatah Alin dan Amzar..sesiapa yg rasa nk baca novel santai..konflik x berat boleh pilih novel ni sebagai koleksi pembacaan... :D



~BUKAN KAHWIN PAKSA~

Sape x kenal Syamnuriezmil kan...rasanya penulis ni agak popular dengan novel pertamanya Terlanjur Mencintaimu..novel pertama da best..so kalau da novel pertama pun buat kita terpikat...apatah lagi novel seterusnya..macam sy mmg x boleh lupa novel Suamiku Encik Perfect 10..best tau novel ni..jadi sekarang ni novel terbaru dia Bukan Kahwin Paksa..novel ni pun akan buat kita terhibur dengan telatah Uda & Dara, Perempuan Garang & Penceramah Bertauliah, Encik Duck & Cik Kak..

Suka novel ni sbb pencintaan diorg adalah melalui suara..keh3..padahal..kalo berjumpa masing2 bermusuh..x boleh bertemu muka..tp x sedar mereka ni ada ikatan jodoh yang kuat..best sangat.....dengan penceritaan yang slumber..buat pembaca terpikat..seriusss...



~PERGI TANPA ALASAN~

Novel ni antara novel sweet yang OVERDOSE..so kena berhati2..haha..dari awal hingga akhir kisah tetang Hakim & Rihana je..tp memang x boring..sape2 yang suka hero yang romantikk gilerr sampai boleh diabetes..ni antara pilihannya..hahahaha..(sy pun jatuh cinta)



~SUNGGUH! AKU GILAKAN KAU~

Hah!! Ini pun novel feveret aku jugakk..asik duk ulang part2 best..hehe..sebab suka novel ni..hero dia ensemm..errkk rasa sume novel hero ensem kan..haha..lepas je habis baca dulu..ingt lagi demam Danial seminggu sbb dok angau kat hero novel ni..gila..kah3!! rindunya kat mereka ni..si mamat perasan & minah Blurr.. sape lagi si Danial & Rene la..

kalau nak tau lebih lanjut cerita novel ni boleh baca review aku kat goodreads..kat n3 ak pun ada jugak..klik SINI  

                  





Okay..3 novel diatas ni memang x dapat dinafikan..semuanya novel feveret..bukan setakat novel tapi penulis2 dia sekali...cara penceritaan novel2 ni sangat hidup..suka sangat2..
really like Syud story..:) kalau nak tau..ketiga2 novel ni saling berkaitan..maksudnya ketiga2 hero ni berkawan baik..jadi..sesiapa yg rindu kat Azril (Tentang Dhiya) dan Adil (Untuk Awak Teja Aulia) mereka ni ada kat dalam Baju Melayu Hijau Serindit..tu sebab saya suka kot..byk kali da duk ulang2 baca..:)



Okay la..setakat ni..ni jela saya recommend..sbnrnya ada byk lagi..tp lain kali je la update lagi novel apa yang bestt..: okay!! :))

papai~~