Friday, November 23, 2012

Sha & Shah- SHA IBRAHIM



Haloo..


Hari ni aku merajinkan diri lagi untuk meng'rebiuuu'..novel yang aku da baca..hehe.. Selepas novel Alang Rebus Tak Empuk aku termenung nak pilih novel mana aku nak baca..antara Sha & Shah atau Bila Nak Saksi..(padahal ada sekotak lagi novel pending)... Last2 aku capai Sha & Shah.. he he he


SHA & SHAH adalah novel ke-3 dari karya SHA IBRAHIM.... tiga2 novel dari penulis ni aku da ada OKAY!! novel dia sebelum ni semuanya tebal2.. tp Sha & Shah ni kurang tebal (tebal jugak tau)..


Okay malas nak melalut.. kisah Sha & Shah ni bermula Farisha (Sha) & Fariz Ameerul Shah (Shah) yang merupakan kawan baik sejak dari diorang kecik lagi.... Lepas tu bila da membesar.. mak si Shah ni suruh Shah kawin..suruh kawin dengan Sha... mak Shah cakap lagi kalau Shah tak kawin dengan  Sha sekalipun..mak dia akan cari orang lain supaya kawin dengan Shah.. Shah apa lagi..daripada dia kawin dengan orang yang dia tak kenal baik dia kawin dengan Sha kan.. So dia ajak la Sha kawin..tapi Sha tak nak..tapi da duk pujuk2 akhirnya dia terima jugak..


Selepas berkahwin, diaorang pun buat hal masing2..(tidur sekatil okay..tp tak buat apa2 pun)..dengan si Shah yang playboynyer..Sha pun dengan perangai tak kisah dia...walaupun kadang2 dia ada perasaan cemburu bila dpt tahu kisah gosip suami dia dengan perempuan lain..opsS lupa lak nk gtau Shah ni jutawan yang hensem okay..haha


So sampai satu masa, tiba2 Shah terasa macam jatuh cinta kat Sha..faham2 je la kan simptom2 jatuh cinta ni...So Shah pun buat keputusan nak biar perkahwinan dia dengan Sha macam orang lain..hehehe..so mula la projek memikat isteri..erk!.. tapi dia pikat kejap je..Sha pun sebenarnya memang suka kat Shah dari dia kecik lagi cuma tak cakap je.. Lepas tu berbahagialah diorang...


Konflik cite ni pun tak berat sangat sebenarnya.... contohnya ada pihak ke-3.. Si Iskandar Zulhisyam ni boleh suka kat Sha... Iskandar ni pulak rupanya musuh tradisi  Shah masa time belajar dulu... Lepas Iskandar tau si Sha ni bini Shah apa lagi..jeles la dia so konon nak rampas Sha dari Shah...adalah benda dia duk kacau Sha ni kan sampai Shah geram..tapi last2 dia give up jugak..


Mula2 aku ingat si Iskandar ni la yang paling jahat yang akan merampas Sha.. tapi  "air yang tenang jangan disangka tiada buaya".. rupa2 nya yang paling jahat Si Atilia.. Atilia ni bos Sha.. Dia ni dengan peragai gedik seksinya memang nak menggoda Shah la sampai konon wat rancangan ngan si Iskandar... Shah memang semua perempuan dia layan sama..yela..playboy la katakan.. nanti sampai ke last jugak la dia berusaha nak dapatkan Shah.. n ada la konflik yg lain mls aku nak cite..tp konflik x de la meleret2..cuma tang Atilia tu je la...kalau nak tau p baca sendiri...hehe


Cerita ni bagi aku biasa je..tapi isi penceritaan dia berlainan dari yang lain.. kalau yang penah baca karya dari Sha Ibrahim tau la kan.. Aku sampai sekarang terJATUH CINTA dengan Shah.. Yelaa..romantik gilerrrr....kalah Joe Dia Segalanya kalau aku dapat laki cam tu..sure p kurung dia kat bilik..hahaha..*gatal*...=P..Yang pasti novel ni jadik kesayangan aku.....heee..

TAHNIAH kak Sha Ibrahim untuk karya yang hebat dan buat sy tersenyum je...:DD


p/s: mcm mana sebutan suara yang keluar kat mulut kita eh..Sha dengan Shah kalau kite sebut lebih kurang je..kalau misal kata sape2 panggil Sha.. Shah mesti toleh gak..haha.. nasib baik novel sbb tak akan keliru..hehehe..
okay sampai sini je..bye3..



Wednesday, November 21, 2012

ALANG REBUS TAK EMPUK -aimi shabana



Hi..salam...

Hari ini merajinkan diri nak review novel ini.......sape yang da baca???

Ini adalah novel JS ADIWARNA yang kedua aku miliki..tapi yang pertama aku baca..yg pertama aku beli URUSAN CINTA BELUM SELESAI..still lagi pending cite tu..x bukak2 lg..hahaha..XD

Novel ni aku tertarik pun disebabkan terbaca review salah satu blog. Mula2 tgok tajuk memang x berminat pun..tapi bile baca review dia membuatkan ku melonjak2 utk membeli...kalau nk baca klik blog INI...

Aku suka pun sebab cerita ni adalah satu kisah kehidupan yg bagi aku sangat manis untuk dibaca.. kisah pasal student universiti. Ni bukan kisah romantik okayy!!..Aku memang suka kisah2 cam ni..yang pasti kisah macam ni banyak ada pada koleksi novel JS..So lepas ni penulis AIMI SHABANA adalah antara penulis yang aku minati selain SYUD & NASZ yang suka tulis kisah sweet mweet ni..

Meh aku review sikit...


Kisah cerita ni adalah kisah mengenai Nurul Shifa seorang yang sopan santun, pendiam, lemah lembut dan sume yang baik la ada kat diri dia ni...tapii...tapii..TAPI.... kelemahan dia adalah dia TAK CANTIK!!.. dia hitam bak kulit manggis..muka dia banyak jerawat bak jalan tar (bukan aku cakap ye..tp Shifa).. so dia cam rendah diri la atas kelemahan dia ni.. tp dia x sedar diri dia tu comel..hehe

Si Shifa ni sebenarnya ada hati kat Ziyad. Ziyad ni satu kelas dengan dia. Tapi..dia x pernah pun bercakap dengan Ziyad ni..sebab dia ni pemalu sikit..padahal si Ziyad ni kwn baik Sarah (roomate Shifa a.k.a BFF Shifa kat U tu).. Dia boleh je ambil peluang berbaik2 kalau betul dia suka kat Ziyad tp sebab dia ni pemalu..pendiam dan macam2 lg la..so bila Ziyad ckp dengan Sarah dia tunduk je..dan diam..

Nak dijadikan cerita...Shifa dengan tidak sengaja menghantar SMS kat Ziyad. Masa tu dia just taip2 je "SAYA SUKA AWAK ZIYAD" tp x hantar pun..ntah macam mana adik Shifa ni gatal2 tgn dia p tolong hantarkan..huahaha..So apa lg..malu seh....Si Ziyad ni pulak x tau gerangan siapa yg meluahkan perasaan..so dia call la nombor tersebut.. Shifa x angkat.. Sampai la satu masa Ziyad call lagi byk2 kali..n then adik Shifa tengah main telefon tu..dia pun angkat dan beritahu telefon tu milik Nurul Shifa. 

So terpaksa la Shifa cakap dengan Si Ziyad dan dengan beraninya Shifa ckp dia suka Ziyad dan nak jadi kekasih Ziyad.

Tetapi....Ziyad x terima..sedihhhh..luahan hati Shifa ditolak oleh Ziyad. So Shifa kecewa la.. 
Tapi yg bestnyer Ziyad ajak Shifa jadi kawan baik dia mcm teman tapi mesra.. So.. Shifa pun setuju..dan dia melonjak2 gembira..sebab dalam pikiran dia mana tau satu hari nanti da lama kwn2 Ziyad akan jatuh hati kat dia..

Mula2 memang sangat menyampah la kat Ziyad ni..sebab Ziyad ni memilih sikit perempuan..kalau nak perempuan dia nak yang dahi licin je..kononnya secocok dengan dia yang hensem..hampeh...

Yang buat aku tertarik kat cerita ni..pasal Ziyad yang dah suka kat Shifa tapi x nak mengaku..Mula2 bukan main lg ckp Shifa bukan taste dia la..tp kalau dan asik2 ingat kat Shifa..siap angau lagi..bukan namanya suka ke?? Tapi still x nak mengaku..menyampah.. Shifa pulak sebenarnya x buat apa2 pun.. tp Ziyad yg terpikat sikit demi sedikit..

Aku suka kat Shifa..walaupun dia suka Ziyad..tp dia x tunjukkan sangat dia suka..dia wat selamba je..cuma dalam hati dia je berperang..makan hati.. Ziyad plak bukan main lagi layan Shifa sampai Shifa pun pikir Ziyad suka kat dia..sampai la munculnya si Zara Juliana yang kapel dengan Ziyad nanti.. Tapi Ziyad x mengaku si Zara ni awek dia depan Shifa..adoii..parah betul si Ziyad ni.. Shifa pun apa lagi selagi si Ziyad x mengaku dia masih ada peluang kat Ziyad..padahal da byk bukti yang menunjukkan Zara dan Ziyad kapel..

Selepas ituuu...ada sesuatu berlaku yang menyebabkan Shifa buang perasaan dia terhadap Ziyad.. dan Ziyad  pulak macam kucing kehilangan anak..hahaha..lawak2..kalau nak tau p baca sendiri k..


Kisah ni sangat..sangat..sangat...MENARIK OKAY!! kisah ni makin menarik bila diwarnai dengan persahabatan antara kawan2 dia yang lain..antaranya Geng 4S (Shifa, Sarah, Suraya & Syakilla)..
Kawan si Ziyad pulak Si Fairuz dengan Aiman. Aku sangat suka kat Fairuz sebaaabbbbb...hehe..
Si Aiman lak sangat kelakar dengan lawak selamber dia...Yang pasti setiap watak ada kekuatan sendiri membuatkan kite sentiasa tersenyum..

opsss..lupa lak..nak tau apa kaitan tajuk ALANG REBUS TAK EMPUK?? Ada kaitan dengan apa yang Shifa duk minat....yang paling comel di setiap helaian permulaan bab ada wajah lelaki berambut afro dan bercermin mata..:DDD



Saturday, November 3, 2012

setitis kasih DARMIA






Da lama aku x buat review novel..terasa ada mood barulah nak buat.. harini aku baru menghabiskan baca novel SETITIS KASIH DARMIA dari SR Publication..


Beli pun sebab orang cakap cerita ni best..so masa g popular tu..adalah diskaun 20%.. so apa lg..rembat la.. tp skrg baru ada berkesempatan nak membaca..hehehe...


Setitis Kasih Darmia ni mengisahkan Mia seorang ank yatim yang kehilangan mak dia masa dia kecil lagi. Ayah dia pula dia x tau kat mana..sejak dia lahir dia x pernah jumpa..jadi dia pikir ayah dia dah meninggal la.. Mia ni tersangatlah kesian.. Mak saudara dia sume x suka kat dia. Dia selalu cakap Darmia ni suka menggoda lelaki macam mak dia..

Satu hari tu, Darmia hampir2 nak kena rogol dengan PakNgah dia..tp x sempat..dia lari2..n then ada seorg lelaki selamatkan dia..masa tu pulak tengah hujan.. Entah macam mana..tiba2..diorg kena tangkap basah.. Mereka berdua ni dipaksa berkahwin..Pakngah dia yang jahat pun fitnah nak tutup aib dia, dia pun tuduh Mia ni macam2..Makngah dia pun 2x5 jugak la..sebab nak bela laki dia..padahal dia tau laki dia memang gatal..

Mereka pun dinikahkan tanpa rela...tapi..yang menyedihkan...si suami Mia ni tuduh Mia buat rancangan nak perangkap dia..sampai dia baling duit n terus belah macam tu je tinggalkan Mia...

4 tahun berlalu.....Mia tinggal dengan Opah dia yang sgt sygkan dia...segala orang kampung ckp pasal dia..dia pekakkan telinga je..sian dia.. Dia pun masih sedar yang dia tu isteri kepada seorang lelaki yg dia x kenali..status dia masih gantung x bertali...

Sepupu Mia, Haliza ajak Mia p KL sambung belajar n kerja.. Haliza ni baik..sygkan Mia..x mcm mak si liza ni..benci giler kat Mia..x suka anak dia baik dengan Mia.. Liza ni ada rancangan jugak..dia ajak Mia p KL nk suruh Mia keje jd orang gaji kat rumah boyfriend dia Khairul Amir..Boyfriend dia ni playboy so nk suruh la Mia peratikan si lelaki ni.. Mia pun terima sebab x nak susahkan si Liza ni...


Mia pun kerjalah kat rumah lelaki tu....tiba2 bila dia bertentang mata dengan bos dia tu..dia terkejut giler...rupa2 nya..bos dia ni adalah suami dia yang tinggalkan dia lepas beberapa jam diorg menikah...Si Amir ni masih berdendam ngan Mia..so da dapat peluang dia x nak la lepaskan Mia.. Amir ni ugut Mia..kalau Mia x jadi hamba dia, dia akan kecewakan Haliza...Mia ni syg kat Haliza...so dia terima la tawaran Amir ni supaya rahsia diaorg x pecah...

Dalam syok asyik Amir dera Mia buat benda itu ini..tup2 timbul perasaan lain kat hati Amir...Dia macam sayang kat Mia..tapi masalahnya dia tunjuk sayang tu macam macam paksa2..dera2 si Mia tu..sampai si Mia ni menggigil-gigil takut si Amir ni..


Si Mia ni hampir x tahan keje dengan Amir sampai dia rasa nak berhenti..tapi bila Amir tahu..terus dia ugut Mia... Mia ni takut betul kat Amir..  Haliza pulak mendesak suruh masuk meminang walaupun Amir x sedia lg.. X nak kecewakan Liza..diorg pun bertunang..tapi masih rasa serba salah la...

Satu hari tu, Mia keje macam biasa..Amir pulak boleh x sihat...so Amir ni suruh la Mia jaga dia..Mia pun x sampai hati..entah macam mana dia pun boleh tertido kat katil si Amir..siap Amir peluk dia... Boleh pulak masa tu..si Liza datang rumah dan nampak la Mia dgn Amir atas katil..apa lagi mengamuk la dia...Liza anggap si Mia tikam belakang dia...


Da jadik cam tu..Amir pun terpaksa pecahkan rahsia diaorg suami isteri..sume org terkejut Amir adalah suami Darmia yang 4 tahun ditinggalkan...Amir nak putuskan pertunangan..dia ckp dia syg Mia...tapi mak si Liza ni x dpt terima dan dia x kisah Amir ni sape..dia tetap jugak nk suh Amir bertanggungjawab suruh kawin dgn anak dia jugak...Mia jugak suruh Amir kawin dengan Liza n lepaskan dia,,,lepas tu........jeng3..nak tau dia kawin ke x ngan Haliza kena beli la k...


Byklah perkara yang berlaku...Mia mengandung lepas Amir paksa buat dengan dia...kononnya nak biar Mia tetap jadik milik dia sorang je (ni pun sbb kes cemburu)..sejak kejadian tu Mia memang benci kat Amir....Amir pulak memang sgt sweet pujuk Mia...sampai banyak bulan la jugak duk bersabar...banyak jugak rahsia terbongkar pasal cerita silam mak ayah Mia...x boleh la cite sume..kena beli...tapi yang pasti memang x menyesal beli novel ni.. harga dia RM26.90...


aku suka Opah dia yang sentiasa percaya kat dia....
suka Haliza yang syg kat dia sebagai seorang kakak...
suka Amir yang jahat duk takut2kan Mia...hehehe