Tuesday, December 24, 2013

26 Disember 2013 Komet ISON akan paling hampir dengan bumi??

Entry hari ni nak bercerita tentang Komet ISON.. Sejujurnya saya tidak ambil peduli pun mengenai perkara ini..tapi bila peristiwa kemunculan TORNADO di JB..kawan sy bagi artikel ini..sy baca then lepas tu sy google la mengenai Komet ini...bukan untuk menakutkan..cuma ingin mengingatkan dunia ini tidak akan lama wujud...bukan untuk suruh percaya..hanya ingin kongsi info sahaja...jom baca artikel ni....






Komet ISON 26 Disember 2013..petanda mutakhir kedatangan imam mahadi???


Tahun yang lalu seluruh dunia menanti dengan penuh debaran kehadiran tarikh 21.12.2012 sempena kehadiran Planet Nibiru yang dijangka oleh saintis bakal mendatangkan porak poranda kepada bumi. Malah ada yang lebih jauh meramalkan ianya akhir hayat dunia.

Alhamdulillah Nibiru berlalu tanpa insiden.

Namun dalam kesibukan para astrologer memberi tumpuan kepada Nibiru tanpa di sedari dengan kudrat Allah satu lagi ciptaanNya muncul. Komet yang dinamakan ISON!!

sekarang para ASTRONOMER SELURUH DUNIA MENANTI KEHADIRAN KOMET ISON

Komet ISON mula dikesan pada bulan September 2012 oleh dua orang saintis Rusia. Penemuan tersebut menggemparkan dunia astrologi. NASA telah menubuhkan pasukan khas mengikuti pergerakan ISON. Antara fakta yang dikeluarkan tentang ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
11. Saintis TIDAK menjangkakan sebarang bencana berlaku di bumi.


PANDANGAN ISLAM TENTANG KOMET ISON?

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan meyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Fakta dari Hadis di atas ialah:

1.Bintang terdiri dari api,salji,udara dan tanah
2.Bintang berkelajuan tinggi
3.Bintang amat jarang kelihatan(berabad2)
4.Kepala dan ekor hampir bertemu
5.Bintang beredar ke orbitnya semula
6.Malapetaka dahsyat bakal berlaku
7.Keuntungan bagi orang-orang yang baik
8.Kerugian bagi orang-orang kafir
9.Kematian besar-besaran bakal terjadi.
10.Tanda kedatangan Imam Al-Mahdi Muntazar.

Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Dengan ciri-ciri komet ISON di atas kemungkinan besar sabdaan Rasulullah saw dan kata-kata Saidina Ali serta Kaab r.a merujuk kepada ISON. Uniknya kehadiran ISON muncul tiba-tiba tanpa dapat dikesan sebelum ini oleh NASA. Ternyata andaian kehadiran NIBIRU yang dijangka membawa bala bencana kepada dunia adalah meleset.

Adakah kehadiran ISON bukan sahaja membawa petanda sahaja atau ada bersamanya perintah malapetaka oleh Allah SWT? Saintis menafikan ISON akan membawa kemusnahan kepada bumi melainkan hanya sedikit kekucarkaciran dijangka berlaku di bumi akibat medan magnet yang terganggu kerana berlakunya ribut suria di matahari.


AKHIRUL QALAM

Yang ditetapkan Allah untuk terjadi pasti terjadi. Semuanya adalah perencanaan Ilahi. Tulisan ini bukan bermaksud menakut-nakutkan atau sebagai ramalan sensasi. Ianya lebih kepada peringatan supaya Umat Islam terjaga dari sebarang kealpaan. Bangun mengukuhkan amalan memperkuatkan iman...petanda mutakhir kedatangan imam mahadi?

Sumber: CARIGOLD

Wednesday, October 16, 2013

cinta 11 Syarat-Muna Mahira



Hari ni nak recommend satu lagi novel..bg saya bestt...:)
Tajuknya CINTA 11 SYARAT karya Muna Mahira..


Permulaan cerita memang agk tragis dan sedih bg watak heroin dia Rasyakeen..sebab dia kena rogol dgn abg sepupu dia yang memang dia anggap mcm abg sendiri.. lagi2 mereka ni memang sgt rapat..disebabkan kecewa dengan seorang perempuan, Syahrie (memang psiko) abg sepupu Rasya lupa akan halal dan haram..mula minum minuman keras..dan disebabkan itu, Rasya menjadi mangsa..


Rasya pula dengan baik hatinya mendiamkan perkara ini..sampai disahkan mengandung pun dia masih lagi tak bukak mulut tentang perkara tu.. sampai ayah dia libas dengan rotan..sedih sangat..tp dalam kesusahan Rasya muncul seorang hero yang telah melindunginya dan sanggup menerima Rasya sebagai isteri. Sape lg kalau bukan Haziq a.k.a Komeng musuh Rasya masa zaman sekolah diorang.



Memang Rasya ni x dapat terima si Haziq sebab dok teringat2 tentang masa lalu, sbb Haziq dulu  selalu kacau dan buli dia sampai dia hampir2 mati. Tapi Haziq ni memang dah berubah..dan memang dia dari dulu dah jatuh cinta dengan Raysa..


suka cerita ni...hehe..NAK LAKI mcm Haziq satu boleh?!!! 




Sangat suka dan terharu bila Haziq yg dpt terima Rasya walaupun dpt tau Rasya ni pernah terlajur dan x suci siap pregnant lg (sbnrnya x tp nk lindungi si mamat psiko tu)..org lain duk maki2 Rasya..Haziq je yg selalu lindungi dan kembalikan maruah Rasya walaupun x tau cerita sebenar.. cuma Rasya tu la..ssh betul nk terima Haziq..duk benci laki dia sbb cerita zaman kecik..degil betul..tp klo x benci x de la cerita kan..haha.. 

Dari situ la..boleh rasa dgn kesungguhan Haziq yg x putus asa memikat isterinya.. Suka perwatakan Haziq..yg suka menyakat Rasya...lepas tu sediakan syarat2 yg agk comel..yg x boleh Rasya nk elak kalau nk habiskan pengajiannya..kalau nak tau apa syarat2 tersebut kena la baca novel ni yer..

Konflik?? Apa lg..si psiko tula..aka pengecut..abg sepupu Rasya, Syahrie yg meragut kesucian Rasya..lepas tu da tau dia rape Rasya boleh larikan diri dari masalah diamkan diri biar Rasya tanggung sorang2..lepas tau Rasya pregnant dan da kahwin dgn Haziq boleh pulak dia menyibuk kat rumahtangga org tu..geramm betull..!!



tahniah kepada penulis, Muna Mahira...mmg best karya kali ni....:DD

Monday, October 7, 2013

nOveL yang highly RECOMMENDED!!

Salam..hye..


Harini merajinkan diri..untuk letak entry kat blog yang rasa akan bersawang je..haha.. so utk elakkan ia bersawang..sy nak la letak entry2 yang baru kat sini..

Kali ni nak cadangkan novel yang bagi saya PALING BEST!! dan MEMANG TAK MENYESAL LA BACA N BELI BUAT KOLEKSI!! SERIUSS.. (ni pada pandangan saya la..x tau la org lain kan)..

Okayy.. antara novel pertama yang aku rasa sgt berbaloi utk dibuat koleksi....



~DIA RANDOM GUY~

novel ni antara novel favourite saya..kalau baca banyak kali pun rasa x puas..hahaha..memang best..menghiburkan..rasanya dari awal hingga akhir buat kita teruja je..oh sgt bestttt..
dengan telatah Alin dan Amzar..sesiapa yg rasa nk baca novel santai..konflik x berat boleh pilih novel ni sebagai koleksi pembacaan... :D



~BUKAN KAHWIN PAKSA~

Sape x kenal Syamnuriezmil kan...rasanya penulis ni agak popular dengan novel pertamanya Terlanjur Mencintaimu..novel pertama da best..so kalau da novel pertama pun buat kita terpikat...apatah lagi novel seterusnya..macam sy mmg x boleh lupa novel Suamiku Encik Perfect 10..best tau novel ni..jadi sekarang ni novel terbaru dia Bukan Kahwin Paksa..novel ni pun akan buat kita terhibur dengan telatah Uda & Dara, Perempuan Garang & Penceramah Bertauliah, Encik Duck & Cik Kak..

Suka novel ni sbb pencintaan diorg adalah melalui suara..keh3..padahal..kalo berjumpa masing2 bermusuh..x boleh bertemu muka..tp x sedar mereka ni ada ikatan jodoh yang kuat..best sangat.....dengan penceritaan yang slumber..buat pembaca terpikat..seriusss...



~PERGI TANPA ALASAN~

Novel ni antara novel sweet yang OVERDOSE..so kena berhati2..haha..dari awal hingga akhir kisah tetang Hakim & Rihana je..tp memang x boring..sape2 yang suka hero yang romantikk gilerr sampai boleh diabetes..ni antara pilihannya..hahahaha..(sy pun jatuh cinta)



~SUNGGUH! AKU GILAKAN KAU~

Hah!! Ini pun novel feveret aku jugakk..asik duk ulang part2 best..hehe..sebab suka novel ni..hero dia ensemm..errkk rasa sume novel hero ensem kan..haha..lepas je habis baca dulu..ingt lagi demam Danial seminggu sbb dok angau kat hero novel ni..gila..kah3!! rindunya kat mereka ni..si mamat perasan & minah Blurr.. sape lagi si Danial & Rene la..

kalau nak tau lebih lanjut cerita novel ni boleh baca review aku kat goodreads..kat n3 ak pun ada jugak..klik SINI  

                  





Okay..3 novel diatas ni memang x dapat dinafikan..semuanya novel feveret..bukan setakat novel tapi penulis2 dia sekali...cara penceritaan novel2 ni sangat hidup..suka sangat2..
really like Syud story..:) kalau nak tau..ketiga2 novel ni saling berkaitan..maksudnya ketiga2 hero ni berkawan baik..jadi..sesiapa yg rindu kat Azril (Tentang Dhiya) dan Adil (Untuk Awak Teja Aulia) mereka ni ada kat dalam Baju Melayu Hijau Serindit..tu sebab saya suka kot..byk kali da duk ulang2 baca..:)



Okay la..setakat ni..ni jela saya recommend..sbnrnya ada byk lagi..tp lain kali je la update lagi novel apa yang bestt..: okay!! :))

papai~~

Tuesday, September 24, 2013

~dIa yANg kAu pILIh~

seriously first time sy dengar lagu DIA YANG KAU PILIH..terus jatuh cinta..masa tu tak tau siapa yang nyanyi..terbuai2 sungguh..walaupun agak sedih music balade dia..apa2 pun boleh dilayan..

JOM LAYANNN~


Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka




Monday, September 23, 2013

NOVEL TERPAKAI UNTUK DIJUAL

Hari ni banyak entry saya update kat blog yer..

Entry kali ni pasal novel lg..saya ada beberapa novel nak letgo..Kalau sesiapa berminat boleh pm sy kat fb yer.. Cepat2 stok terhad... Antara novel sy nak letgo......

SEMUA HARGA TELAH MASUK POSTAGE (POS REGISTER)

1. COKE & SUNDAE- RM13/HA-RM18 (SOLD)
2. SEMALAM YANG KUTINGGALKAN (KN)- RM16/ HA-RM21(SOLD)
3. MAMA MIA SHAZA-RM17/RM22 (SOLD)
4. SESAAT CUKUP BAGIKU-(SOLD)
5. SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUSTISTIK-(SOLD)
6. CINTA 2U.MY-RM18/ HA-RM23(SOLD)
7. VENOM SURIA-RM18/HA-RM25.90





NOVEL DIATAS NI PULA  2 NOVEL RM25..

note: cinta tak sempurna dan cinta sikucing parsi sudah dibooking...Aku kan novelis SOLD


novel karya DHIYA ZAFIRA ni..3 novel RM36..kalau satu hanya RM14..



BUKAN ISTERI SEMPURNA-SOLD
SEMALAM YANG KUTINGGALKAN (KN)- RM16/ HA-RM21(SOLD)

sesiapa yang berminat boleh la pm saya ye.. kalau ada lg..sy akan update..terima kasih.


cara letak FB dalam blog sendiri


Hye..harini tiba2 nak tunjuk macam mana letak profile FB dalam blog sendiri.. Walaupun semua orang da tau..x kira nak tunjuk jugak..sbb sy pun baru buat.. tu pun mintak tunjuk ajar kat blog lain..Terima Kasih.. Harini saya nak shared jugak la..haha..mesti semua gelak..dan cakap.."EKeleh..baru tau ke??" Haha..Tapi disebabkan excited baru tau pasal ni..nk share jugak la kepada sesiapa yang tak tahu lg..so yang da tau..SENYAP!!..haha

Ok..mula2..benda pertama yang perlu kawan2 buat KLIK SINI...Ia dipanggil FACEBOOK BADGES tau..

Lepas KLIK anda akan lihat mcm ni kan..



Okay lepas tu..anda boleh pilih mana2 yang anda suka la..mcm saya..saya cuma ada PROFILE BADGES je..So sy just click profile badge tu.. Lepas tu anda akan lihat mcm dibawah ni..



Lepas da nampak macam ni..anda hanya perlu click yang BLOGGER tu..dari situ akan terus automatic add on ke kita punya blog..

Mudah bukan...Lepas tu boleh lah setting sendiri nak letak kat mana..kiri ke..kanan ke..atas ke..bawah ke..ikut kesukaan sendiri..

So makin lengkap la BLOG anda.. Itu je la nk bgtau..marilah kita sama2 belajar membina blog sendiri..

PEACE!! ^^v


adaptasi Novel Lagi!! Akasia Love You Mr Arrogant

Cinta Jannah da nak melabuhkan tirai sudah...excited tak nak ending??? hope sgt happy ending la yer..
Harini saya nak bercerita sikit tentang cerita baru yang menggantikan Cinta Jannah...Rasanya semua da tau kan.. yang menggantikannya adalah dari cerita novel jugak LOVE YOU MR ARROGANT..

Sebenarnya saya sangat excited!!! Sbb LYMA ni antara novel feveret saya.......



Novel jugak antara novel terawal yang saya miliki sejak berkecimpung minat membaca novel ni..(cheewah ayat)..haha..

Kalau yang suka kisah santai..dengan watak yang cute..tanpa konflik yang berat..novel ni antara pilihan terbaik..Novel ni jugak boleh buat kita gelak dengan telatah watak utama dia Zafriel Irham & Zaara Amirah..

Dulu masa mula membaca, nak tau saya bayangkan sapa sbg watak hero dia Zafriel Irham??

Tadaaa!! Penulis dia yang letak kat blog okay..



Memang sangat sesuai kan mamat korea ni jadi Zafriel Irham... lelaki yang ego..susah nak senyum..asyik membentak je..tp punya sifat ambil berat kat isteri dia walaupun perkahwinan diaorang tanpa dasar cinta.. Walaupun garapan watak Zafriel Irham ni agak menyampah..tapi sy sukaaaa..hehe..COMEL!!

Sekarang!! Tak  sangka novel ni jugak telah diapdatasi.. pemilihan pelakon pun sangat sesuai..saya suka Azlee Khairi yang dipilih menjadi  Zafriel Irham..watak Zaara Amirah pun sangat sesuai dengan walaupun pendatang baru..Tahniah buat penulis Aliesha Kirana..

Antara part yang x boleh saya lupa adalah masa Zaara yang kena kejutkan suaminya Zafriel..haha..Zafriel ni memang susah nak bangun subuh..cara mudah dia kejutkan suami dia..dia baca surah YASSIN kat tepi telinga Zafriel..apa lg..terkejut beruk la Zafriel dengan ketakutan..bijak betul Zaara..

Harap2 drama tidak menghampakan la yer.. Maybe lebih bagus dari novel siapa yang taukan.. Oh!! Sangat x sabar.. 25hb 9 yer kita date sama2..






Ini Sinopsisnya


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.


"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham



Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.



"Apa? Atas lantai ni?"



"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."



"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"



Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.


"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah



Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...




Novel ni bagi saya tak rugi dijadikan koleksi tau...Kalau berminat..boleh beli dari karya seni..gerenti ada stock...kalau nak KLIK SINI..siap ada DISKAUN lg dan FREE POS LAJU!! baru RM15!! 




Friday, August 23, 2013

Akasia CINTA JANNAH


Assalamualikum..

Apa yang nak saya nyatakan adalah mengenai satu drama ni.. tajukknya CINTA JANNAH. Rasanya saya da terlambat post pasal ni..tapi x kira!! Nak bagi tahu jugak. Dengar kata tajuk telah ditukar dari tajuk asal iaitu SYURGA TANPA BIDADARI (I think the old one is better).

Tapi cerita ni agak hot la jugak.. sebaabbbbbb... Airel Zafril berlakon (x minat pun sebenarnya dgn mamat ni..hahaha)..tapi sbb tgok dalam drama ni dia sangat smart..boleh jugak buat kita-kita yang muda remaja ni cair.. gandingan pulak dengan artis perempuan yang da meningkat naik.. sape lg kalo bukan Nelydia Senrose.










sinopsis CINTA JANNAH


Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.


Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.


Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.


Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.


Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? Saksikan drama bersiri baru, Cinta Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013, semestinya di TV3!
Sumber: http://www.budiey.com



Saya tengok by on9 je.. sbb masa2 ni masa balik kerja.. lagi2 waktu maghrib..memang x sempat nak bukak tv. So sape2 yang suka tengok drama ni saya recommended sangat2.. Ni antara cerita yang bukan dari adaptasi novel. Faham-faham la sekarang trend drama sekarang semua nak adaptasi.


Okey chawww..

Thursday, April 18, 2013

Sungguh! Aku Gilakan Kau- Izz Alejandra

Salam..hari ni nak mengreview novel SUNGGUH! AKU GILAKAN KAU karya Izz Alejandra..
Masa tengok tajuk novel ni pun sy da macam terpikat..lepas tu ada orang ckp best..terus p beli..hehe..sememangnya memang x rugi beli lepas sy membacanya..:)





Walaupun kisah yang biasa2..tp novel ni ada kekuatan yang tersendiri..penceritaan dan bahasa pun boleh buat kita meneruskan pembacaan..

Kisah Adrianna(Rene) dan Danial yang memang berkawan baik sejak dari zaman universiti. Seterusnya, Rene kerja di company Danial. (x pasti sbnrnya..Danial ni keje company apa then Rene ni keje sbg apa..tp x kisah pun..benda ni x menganggu kisah mereka.)

Okay..Danial ni sbnrnya bukan orang Melayu. Tapi..dia mix indian & chinese. So muka dia mcm melayu la kan. Kisahnya..Rene ni didesak maknya suruh kawin nk bercucu katanya..sbb Rene da berumur 27tahun. Rene ni x pernah bercinta..sbb dia susah nak jatuh cinta..lagi2 takut nak buat satu perhubungan..takut terjadi macam kisah mak n abah dia..so semua tu dia luahkan kat Danial.

Sampai satu masa..dia nak buat rancangan 'MEGA' dan diceritakan plan dia tu kat Danial. Rancangan dia..dia nak cari sorang lelaki..then kawin lepas tu dapat anak sorang cerai.. Danial ni bantah la plan yg nak dibuat oleh Rene... tapi Rene cakap tu jela satu cara yg dia boleh buat.

N then..Danial meng'ofer'kan diri dia sendiri sbg suami Rene. Itu pun sbb Rene ni tersangatlah cerewet nak cari pasangan. Jadi, semua pakej yg Rene nak semua ada kat Danial. Tapi Rene x nak..sbb dia x tau nanti mcm mana perhubungan dia dgn Danial lepas mereka kawin n then berpisah. lagi2 Danial bukan Islam. Lepas tu rupanya Danial bgtau dia da lama convert..apa lg marah la Rene sbb Danial x pernah pun beritahu Rene. So kecik la ati Rene sbb selama ni pasal dirinya dia cerita kat Danial. Tapi kejap je Rene merajuk sbb kawan baik dia tu pandai sgt pujuk..hehe

N then..bila Rene menolak Danial..Danial kenalkan Rene dgn Iman (kwn Danial). Da kenal2, Iman boleh pulak larang Rene jumpa Danial lepas ni. Apa lagi..marah la Rene..sbb bg Rene dia lebih sygkan persahabatannya dgn Danial dari perhubungannya dgn Iman yg baru je lagi. So mereka pun stop kawan.

Tapi, kalau jodoh x kemana kan. Mak Rene suka sgt kat Danial. So daripada Rene pilih entah sapa2 mak dia x kenal baik dia pilih Danial yg memang mak dia da syg. So mereka pun berkahwin. Tapi Rene meletakkan syarat..

"Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?"

Tapi..janji tinggal janji..akhirnya Rene yg terjatuh cinta kat Danial...hehe..tp dia x ckp..sebab dia x tau lg hati Danial mcm mana...sampai Rene takut lepas dia mengandung dan bersalin Danial akan tinggalkan dia...aiseyy..terus terang kan senang..tp sy faham..kalau terus terang kejap pulak cite ni habis kan..hehe


Masa pembacaan kisah diorg ni..rasa nak hempuk je kepala si Rene ni..sebabnya..Rene ni memanglah tersangat BLURRR sperti yg dikatakan Danial..nak tau..sebabnya dlm kisah diaorg ni kita boleh nampak mmg Danial cinta, sayang dan juga GILAKAN si Rene ni dari dulu lagi.. dengan aksi2 romantik dan terlebih gula yg ditunjukkan kat Rene kita da boleh nampak dan agak..tapi Rene ni x dapat nak tangkap segala perbuatan dan percakapan yg ditunjukkan Danial kepada Rene..


Seriously SANGAT2 suka Danial treat Rene....byk kisah lagi berlaku..cemburu..sakit hati dan mcm2 lagi la..baca la sendiri..kalo cerita x best nanti..


Novel ni bg sy bacaan ringan & santai tp sangat menarik...x delah peningkan kepala..walaupun kdg2 sakit ati jugak..tp yg pasti akan tersenyum je dgn karenah mereka...really fun baca novel ni..try la..mmg x rasa tebal masa baca..:DD

Friday, April 12, 2013

Anak Teruna Makcik Rahimah- Sakeena



Salam..hye........harini nak review lagi novel terbaru yang aku da baca..


Lepas je beli kat POP semalam..aku terus bukak then dalam masa 12 jam..dapat habiskan baca novel ni..wehoooo..so kalo da dapat habiskan x sampai satu hari..faham2 je la kan..



Okay..kisahnya bermula bila Ain Zahra yang terlanggar seorang Doktor Amr Waseem kat satu hospital tempat dia bekerja..masa tu Doktor tu tgh pegang secawan kopi..so apa lagi..tumpah la kan..dan bermulanya perkenalan diorang...Sejak dari haritu..setiap seminggu mesti diorang ditakdirkan bertemu. Si Ain panggil si Waseem Encik Kopi..n then Waseem panggil Ain Cik Tool Bag..masa ni mereka x tau lagi nama masing2 sampai la satu masa mereka di masukkan dalam satu kumpulan masa camping.

Mereka ni x la mcm anjing dan kucing..cuma nampak diantara mereka x ada keserasian..macam x boleh nak ckp baik2 la..x de la gaduh2 mcm sesetengah watak dalam novel kan.

Lepas tu, abg si Ain ni nak sponsor satu keluarga pergi umrah..(wah..untungnya dpt abg mcm Ain..hehe)..dan...pada masa ni la.....Ain bertemu dengan makcik Rahimah. Ni pun berlaku masa Ain duk tolong Makcik tu yg terjatuh..then ter'Berkenan' la si Makcik Rahimah ni DGN Ain..dan terus dia usulkan nak jadikan Ain menantu dia..lepas tu ter'Bertunang' la Ain kat Makkah tu jugak dgn anak Makcik Rahimah ni yang Ain x kenal pun sapa...

So seperti biasa..x lari dari cerita novel lain..kawin paksa..arrangement married:)..

Yang pastinya korang dpat agak sape la anak teruna Makcik Rahimah ni..dan tentunya ialah..si Encik Kopi tu..hehe

Dalam terpaksa, tanpa rasa cinta Ain pun terima jugak si Waseem sbg suami dia.. dan Ain mmg x dpt terima Waseem sbg suami yg sebenar-benarnya......

Selepas beberapa bulan..Waseem pulak meluahkan perasaan yg dia sukakan Ain..tp Ain still x dpt terima..I like Waseem..sbb dia x memaksa..dan sanggup tunggu Ain..dia cakap Ain memang anugerah dari Allah untuknya..ayat yang paling best Waseem ckp kat Ain>>

"Im good at seducing. Abang bersyukur sebab dapat Ain..Let me in?"
"Masuk mana?"
"Your heart."

Lepas Ain mula belajar menerima Waseem..Waseem pula kena ke Kemboja menjadi sukarelawan kalau x silap..
Masa ni la konflik berlaku.....

"I miss You"
"Me too." Aku cakap dalam sedu-sedan.
"Mesti Ain nampak muka abang je kan sepanjang abang tak ada n?"
Aku angguk.
"See...I've told you. Tu baru seminggu kalau setahun ke sepuluh tahun?"
"Aaaa..tak mau."
"Sayang abang la ni?"
Aku tunduk sambil renung kaki aku sendiri.
"Sayang tak?"
Diam lagi.
"Tak pe, tak sayang abang nak balik Kemboja."
"Sayang!" Tiba-tiba je keluar dari mulut.

Yang pasti cerita ni sangat comel..suka cara Waseem treat Ain.. x pernah nak marah2 la..majuk2 manja je dgn Ain..Hehe..




"A great marriage is not when the 'perfect couple' comes together. It is when an imperfect couple learns to enjoy their differences."

Wednesday, April 10, 2013

Nasi Lemak Buah Bidara- April Snow

Salammm..

Lama da tak update blog..kemalasan sgt melanda sekarang..baca novel pun x sempat..apatah lagi nak review..

So sy review novel2 yg sy rasa SANGAT best je la ye..hehe





Rasa menyesal SANGAT tak baca novel ni awal2..novel ni da lama pending dari tahun lepas lagi..

sebab bila org bg review kita da dapat bygkan kisah dia..bak kata orang seperti cinderella..so pikir malas la nak baca dulu... tapiii..rupa2nya baca novel ni memang tak boleh nak berhenti..serius!! sampai waktu lunch pun kat office sy sanggup membaca (selama ni tak pernah pun nak buka novel kat office)..:)


saya sukakan kisah cinta mereka.. Akhmal Hafiz seperti putera raja yang dikurniakan sebagai penyelamat untuk seorang Siti Nur...


Dengan teletah Ben, anak tunggal Akhmal yg sgt menghiburkan yg membolehkan wujud rasa sayang dalam diri Siti. Sy ni memang susah nak menangis masa baca novel..tp dalam novel ni..sy nangis masa si Datin Junainah tu pukul Siti sbb ingkar arahannya dan pada masa tu juga dia melindungi Ben daripada tercedera. Ben pulak ceritakan kejadian tu pada ayah dan neneknya. Dapat rasa kesedihan yang dialami Ben dan Siti..


Ketulusan, kebaikan, kecantikan dan keperibadian Siti memang sangat memikat sesiapa sahaja. Hanya orang yang berhasad dengki sahaja yang tidak puas hati dengan Siti seperti Datin Junainah dan Zurene.


Suka sangat bila Akhmal cuba nak memikat Siti. Sehingga Akhmal yg tak sabar2 nak kawin dgn Siti. Yang paling gembira mestilah Ben sebab Kakak Sitinya betul2 menjadi mamanya. Tersenyum je bila Akhmal yg selalu buat Siti malu..hehe..lagi2 tang kenyit mata dia tu..suka sangat kenyit mata..so sweeett..:DD


Sangatlah puas hati baca novel ni..Yang pasti kisahnya Happy Ending!!




Ni sy x review menyeluruh..kalau nak tau kisah dia boleh la beli novel ni..gerenti x rugi..:DD

Friday, March 1, 2013

syukur

Salam..

Hari ni.. kita dapat lihat tarikh yang cantik... 1/3/13 (1313)..:DD

Pejam celik..pejam celik sudah bulan March.. semua orang akan kata..cepat betul masa berlalu....

Apa-apapun aku sangat rasa bersyukur keatas kurniaan ALLAH masih lagi bernafas di dunia ni lg..boleh berbakti lagi kepada keluarga & orang ramai....

Apa2 pun..aku sangat bersyukur... walaupun kadang2 byk masalah yang aku terima...macam2 la..tp aku dapat terima semuanya...sbb itu semua ujian daripada Allah..kadang2 ujian macam tu la beri kita hikmah yang tidak terhingga..

Okay la..ini sahaja yang nak aku cakapkan...

Bye!

Wednesday, February 27, 2013

~ novel yang telah dibaca ~

Salam... seperti biasa korang2 pun da agak ak ni peminat novel...so byk la ak post gmbar novel & seangkatan dengannya kat blog ak yg x seberapa ni...

So harini ak nak update novel apa yg ak da baca sepanjang 2013 ni...heeeee...

Aku sbnrnya x berapa ingat..so ak tunjuk jela ye mana yang ak rasa da baca....

Novel yg ak da baca antaranyaaaa.........



disebabkan novel ni penulis novel Cik Bunga & Encik Sombong..so aku x teragak2 nak beli novel ni...so lepas baca novel ni bg aku ia sgt best...tp still x dpt menandingi ke'BEST'an CB&ES...tp apa2 pun aku  sukaaaaa jugak..suka watak Kasih & En. Ikhlas..ada org ckp novel ni biasa2 je..tp mungkin sbb ak suka kot cerita sweet mweet cm gini.. bos yg suka kat pekerja dia..tp nk tunjuk rasa suka mula la tengking2..lepas tu bila si heroin dia x tahan n nak berhenti..baru la nk ngurat..hehe..i likeeeeee~..mmg x kering gusi..



Novel ni ak x ingat..aku baca bulan 12 or bulan 1...tp ak rasa cm baru jugak la baca novel ni.. novel ni sesuai tu remaja2.. salah satu trend novel JS memang satu novel yg sangat santai & sweet mweet..x de romantik2 dalam kisah ni..hanya satu kisah yg manis antara Huda & Ekey...ni la salah satu tarikan novel yg dikeluarkan oleh Jemari Seni....




LAZUARDI!!......sape2 yg penah baca novel Sweet Sour mesti akan sukakan novel ni...Aku da tau jalan cerita novel ni..so bile da tau aku baca sikit2...padahal da lama aku beli...n then bulan 1 hari tu baru ak baca strett...x konar2..hehe.. Memang x disangkal lg..Lazuardi memang beri kita macam2 rasa...kalau korang baca gerenti jatuh cinta kat Shark!! hehe...sangat BEST!!



Kalau nak tau...ni novel kedua selepas Projek Memikat Suami...sejujurnya..ak x baca lagi novel tu..still pending...tp ak da amik novel ni untuk dibaca..x tau nape..novel ni ak beli kat PB1M..ntah tetibe terpikat kat novel ni terus amik n baca......dan..dan..mmg x boleh lepas......kisah tentang Naz tunang olok2 (tp tunang betul2 ye) si Kaalish..lepas 4 tahun diorg tunang diorg berjumpa kat Bali..Naz kenal Kaalish..Kaalish x kenal Naz,, Kat Bali Naz senyum kat Kaalish n then Kaalish pelik kenapa perempuan yg dia x kenal boleh senyum kat dia..so sejak dari itu..Kaalish da duk terpikat kat tunang olok2nya...........suka..sukaa..suka..so lepas ni aku akan baca PMS..hehe( tp x tau bile )..;P



Aku beli kebun mimpi semata2 nak baca "TAS MERAH JAMBU" karya syud...I likeeeee Syud story's..:DD
Sangat terkesan di hati...sebab cara dia buat kisah2 tersebut..macam hidup..macam kisah diri sendiri pun ada..lagi2 tempat yg dia ceritakan sekitar UTM n Skudai..mmmg ak familiar kat situ...Kisah ni mengenai Nisa yang ada hati kat Adif tp hanya pendam dalam hati...tp kawan2 Nisa yg tahu pasal tu nk tolong Nisa dgn cara bg kad raya yg Nisa nk bg kat Adif tahun lepas tp x jadik...so kad raya tersebut..hanya ada lukisan beg warna pink n no telefon Nisa.. So mula pencarian siapakan pemilik kad raya tersebut..best!!..:))



Lagu Cinta Buatmu adalah novel dari penulis Teduhan Kasih..antara novel yg terawal daripada penulis ni...novel ni kisah yang sangat sweet..seperti biasa kisah bercinta selepas kawin..aku suka sebab kat sini x de kes gaduh2 lepas tu lari2 lepas pujuk2..lepas tu gaduh balik..haha..so ada kelainannya..:D


Novel ni..bg aku bolehlaaaaa...biasa2 je...pasal Maria yang jadi org gaji kat rumah orang kaya ni..selalu kena dera..akhirnya anak lelaki kat rumah tu terpikat kat Maria n diorg kawin senyap2...


Novel ni da lama da ada kat pasaran..tapi aku teragak2 nk beli..so lepas je kisah ni nak didramakan (my AdiPutra as Zainal Arief)...baru aku nk beli..tu pun sebab popular ada Sales..dpt la beli murah dalam RM13.90..jimat2.. suka watak Zainal Arief..hehe..sangat romantik...tp lambat jugak la ak nk abeskan...sbb byk sangat kerja yg perlu diselesaikan...kisah ni sesuai utk org dewasa..harap maklum..:D


Novel ni seriously buat aku x tido malam.........x sampai 12 jam ak boleh celikkan mata semata2 sbb CURNIA!! tido pukul 5 pagi tau.. sangat jatuh cinta..memang beremosi pada permulaan tapi indah & bahagia bagi Fina bila jumpa dengan Curnia... lagi2 x pernah org buat pasal Cina Buta.. kisah pasal Zain yang lafazkan talak 3 kat Fina..lepas tu menyesal nak rujuk balik..Fina mcm still syg kat Zain cari suami sementara..n jumpa Curnia..tapi......tiba2 dia jatuh cinta kat Curnia...mula bandingkan Curnia & Zain..hahaha..memang berganda2 kalah Zain..sebab Curnia memang seorg suami yang sangat sempurna untuk Fina.. thumbs up utk penulis..serius x boring...setiap muka surat buat ak teruja apa akan jadi seterusnya..:DD


Lepas baca Kurnia Untukku..aku start baca novel ni..entah kenapa..memang rasa boring pada permulaan untuk novel ni..mybe sbb still ingat kat Curnia kot..selalu aku macam ni la..haha..tapi lepas da tengah2..aku mula laju nak tau kisah seterusnya..kisah Syed Nadzhan yg jadi penyelia praktikal Afnan Tasneem..lepas tu jadi adik beradik tiri & then seterusnya jadi husband & wife..hehe..sape2 yg rindukan Luqman n Mya Zara dalam KAHWIN GANTI..boleh la jumpa diorg kat Meh Sandar Pada Aku..hehe..


Novel ni da lama n baru sekarang dapat cari..tu pun beli second dgn harga yg sangat berbaloi..sekarang tgh baca novel ni la..nipis je rupanya.. mybe esok boleh abes kot.. Novel ni pernah ada adaptasi drama x silap aku.. So far..novel ni best..........


Rasa2 nye ni je kot novel yg ak baca setakat February 2013 ni...ni pun byk sgt halangan..so yg ni je la aku sempat baca..

gambar2 adalah sumber dari en.Google ye..harap maklum..x de masa nk snap pic..hehehe..:DD


Friday, January 4, 2013

HAPPY NEW YEAR~

Salam...

sungguh lama x buat post..hehe..sgt bz lately....so x dpt nk berpost kat blog ni..

masih berkesempatan lagi kan...so aku nk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua orang...

Seperti biasa..mesti semua orang ada azam tuk tahun baru ni kan??

Aku pun ada azam tuk tahun ni...antaranya.........

1. Nak habiskan lesen yg tergendala...(adoi..da tua2 lesen xde lg)
2. Nak simpan duit byk2 kat bank....
3. Nanti aku pikir balik apa nak buat..x tau da..hehehe..

Aku harap tahun ni aku akan diberi kemurahan rezeki oleh ALLAH seperti sebelum ni.. Bila dipikirkan balik...disebalik kesedihan ada hikmahnya.. then jangan la mengeluh jika ada masalah dlm diri masing2..

Tak tau nk cakap apa lg da..Okay la smpai sini saja...bye2~