Thursday, April 18, 2013

Sungguh! Aku Gilakan Kau- Izz Alejandra

Salam..hari ni nak mengreview novel SUNGGUH! AKU GILAKAN KAU karya Izz Alejandra..
Masa tengok tajuk novel ni pun sy da macam terpikat..lepas tu ada orang ckp best..terus p beli..hehe..sememangnya memang x rugi beli lepas sy membacanya..:)





Walaupun kisah yang biasa2..tp novel ni ada kekuatan yang tersendiri..penceritaan dan bahasa pun boleh buat kita meneruskan pembacaan..

Kisah Adrianna(Rene) dan Danial yang memang berkawan baik sejak dari zaman universiti. Seterusnya, Rene kerja di company Danial. (x pasti sbnrnya..Danial ni keje company apa then Rene ni keje sbg apa..tp x kisah pun..benda ni x menganggu kisah mereka.)

Okay..Danial ni sbnrnya bukan orang Melayu. Tapi..dia mix indian & chinese. So muka dia mcm melayu la kan. Kisahnya..Rene ni didesak maknya suruh kawin nk bercucu katanya..sbb Rene da berumur 27tahun. Rene ni x pernah bercinta..sbb dia susah nak jatuh cinta..lagi2 takut nak buat satu perhubungan..takut terjadi macam kisah mak n abah dia..so semua tu dia luahkan kat Danial.

Sampai satu masa..dia nak buat rancangan 'MEGA' dan diceritakan plan dia tu kat Danial. Rancangan dia..dia nak cari sorang lelaki..then kawin lepas tu dapat anak sorang cerai.. Danial ni bantah la plan yg nak dibuat oleh Rene... tapi Rene cakap tu jela satu cara yg dia boleh buat.

N then..Danial meng'ofer'kan diri dia sendiri sbg suami Rene. Itu pun sbb Rene ni tersangatlah cerewet nak cari pasangan. Jadi, semua pakej yg Rene nak semua ada kat Danial. Tapi Rene x nak..sbb dia x tau nanti mcm mana perhubungan dia dgn Danial lepas mereka kawin n then berpisah. lagi2 Danial bukan Islam. Lepas tu rupanya Danial bgtau dia da lama convert..apa lg marah la Rene sbb Danial x pernah pun beritahu Rene. So kecik la ati Rene sbb selama ni pasal dirinya dia cerita kat Danial. Tapi kejap je Rene merajuk sbb kawan baik dia tu pandai sgt pujuk..hehe

N then..bila Rene menolak Danial..Danial kenalkan Rene dgn Iman (kwn Danial). Da kenal2, Iman boleh pulak larang Rene jumpa Danial lepas ni. Apa lagi..marah la Rene..sbb bg Rene dia lebih sygkan persahabatannya dgn Danial dari perhubungannya dgn Iman yg baru je lagi. So mereka pun stop kawan.

Tapi, kalau jodoh x kemana kan. Mak Rene suka sgt kat Danial. So daripada Rene pilih entah sapa2 mak dia x kenal baik dia pilih Danial yg memang mak dia da syg. So mereka pun berkahwin. Tapi Rene meletakkan syarat..

"Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?"

Tapi..janji tinggal janji..akhirnya Rene yg terjatuh cinta kat Danial...hehe..tp dia x ckp..sebab dia x tau lg hati Danial mcm mana...sampai Rene takut lepas dia mengandung dan bersalin Danial akan tinggalkan dia...aiseyy..terus terang kan senang..tp sy faham..kalau terus terang kejap pulak cite ni habis kan..hehe


Masa pembacaan kisah diorg ni..rasa nak hempuk je kepala si Rene ni..sebabnya..Rene ni memanglah tersangat BLURRR sperti yg dikatakan Danial..nak tau..sebabnya dlm kisah diaorg ni kita boleh nampak mmg Danial cinta, sayang dan juga GILAKAN si Rene ni dari dulu lagi.. dengan aksi2 romantik dan terlebih gula yg ditunjukkan kat Rene kita da boleh nampak dan agak..tapi Rene ni x dapat nak tangkap segala perbuatan dan percakapan yg ditunjukkan Danial kepada Rene..


Seriously SANGAT2 suka Danial treat Rene....byk kisah lagi berlaku..cemburu..sakit hati dan mcm2 lagi la..baca la sendiri..kalo cerita x best nanti..


Novel ni bg sy bacaan ringan & santai tp sangat menarik...x delah peningkan kepala..walaupun kdg2 sakit ati jugak..tp yg pasti akan tersenyum je dgn karenah mereka...really fun baca novel ni..try la..mmg x rasa tebal masa baca..:DD

7 comments:

  1. Thanks untuk komen ini... :)) terharu pula.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..memang best..skrg tgh tunggu hari2 aku rindu...bila ye akan terbit..?? x sabar sudah..hehe..:)

      Delete
    2. Haah..sy pn ttnggu2 jgk ni..nk sgt tau apa kesudahan citer ni..cpt la izz alejandra siapkn novel ni....

      Delete
  2. Replies
    1. memang bestt..beli lah..x rugi buat koleksi..hehe..;D

      Delete
  3. nak dapatkan novel nie macam mane?....novel hari-hari aku rindu tu hawe dah bace...memang best sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat website karya seni..free pos beli dari situ

      Delete