Thursday, February 6, 2014

Seseorang Untuk Dinikahi Review






SUD ni sy dah follow dari blog Ratu Bulan lama dah..dan memang x sabar nk tunggu cerita ni terbit... karya Ratu Bulan kali ni juga memang x mengecewakan seperti karya terdahulu Prince Charming & Hikayat Cinta..memang cukup rencah..setiap watak yang di tonjolkan ada kekuatan yang tersendiri..

SUD ni cerita tentang Arissa dan Nazwan yg menjadi kawan sejak dari dalam perut lagi (bak kata Arissa)..haha..mereka juga hidup berjiran dan Arissa memang menjadi kesayangan keluarga Nazwan..


Watak Arissa bg sy seorang yg sentiasa happy..bukan gedik tapi manja dan comel (walaupun ramai org kata dia gedik).. mungkin kerana perangai dia yg ala2 playgirl dan agak x matang buat org disekelilingnya rasa menyampah kat dia..lagi2 si Luqman(sepupu Nazwan) ...


Permulaan cerita dah masuk konflik..bila Natasya kawan baik Arissa,dan juga girlfriend Nazwan yang agk cemburu dengan Arissa..Padahal Arissa adalah kawan baik dia yg sangat baik..Memang Arissa ni sayang akan kawan2nya termasuk juga Sarah girlfriend Luqman..Rupanya2 disebalik kejadian cemburu Natasya kepada Arissa rupanya ada dalangnya yg menjadi batu api..sesuatu terjadi yg menyebabkan Natasya bergaduh dengan Nazwan disebabkan Arissa...Yang paling mengejutkan, Natasya meninggal dunia pada malamnya itu.


Selepas 6 bulan kematian Natasya, Nazwan mula berubah..mungkin kerana Nazwan menyalahkan dirinya diatas kematian Natasya. Pada masa tersebut Arissa memujuk Nazwan untuk temannya ke reunion sekolah lamanya di Perak. Mula2 memang Nazwan x nak..tp sape dpt tahan dengan pujuk rayu Arissa kan... Rupanya Arissa ada rancangan tersendiri membawa Nazwan bersama..haha..sangat lawak plus comel Arissa ni..kononnya dia nk biar Nazwan pikat pesaing cinta dia supaya dia boleh pikat lelaki yg dia suka dulu..last2 penangan kenyitan mata Nazwan Arissa pula yg terkena sihir cinta. Bila Nazwan yg menjadi hero Arissa bila Arissa diganggu org2 mabuk, lagi lah Arissa jatuh cinta..dari kejadian tersebutlah..target Arissa adalah memikat Nazwan!!


Tapi Arissa memang kena tempuh halangan dulu dari Luqman dan Sarah yang memang x suka jika Nazwan bersama Arissa..Rasa mereka ni memang pengganggu..Macam2 cara dia pujuk supaya Nazwan ni x tergoda dengan Arissa.. tapi Arissa yang agak bersungguh2 terus propose Nazwan.. Nazwan pulak boleh terima Arissa.. apa lagi happylah Arissa..


Nazwan dan Arissa ni memang ada chemistry..macam mereka ni memang ditakdirkan bersama.. yelah..bila Arissa demam..Nazwan juga demam..haha..lepas tu Nazwan pula memang ketagih dengan donut Arissa..sampai topik donut ni pun boleh buat Natasya cemburu dulu.


Walaupun kita tahu Nazwan macam x dapat lupakan Natasya..tapi dapat lihat Nazwan ni sentiasa ambil berat kat Arissa..macam memang Nazwan ada perasaan kat Arissa..bila mereka berjauhan mulalah Nazwan terbayangkan Arissa yg comel dengan perangainya..Sampai satu tahap..mereka tertangkap oleh nenek Nazwan bila Arissa dan Nazwan berdua2an dalam bilik..Dan disebabkan itu mereka dipaksa betunang.. Arissa memang lah nak tunang dengan Nazwan..tp dia tahu Nazwan terpaksa..

Bila ada batu api yg memujuk Nazwan untuk lari, mulalah Nazwan terpengaruh..itupun disebabkan dia dpt tahu yg neneknya ada rancangan untuk dia mewarisi perniagaan keluarganya. Kalau tak Nazwan memang dah terima Arissa rasanya..dan masa hari pertunangannya itulah Nazwan melarikan diri ke UK..dan yg amat menyedihkan..Arissa tahu akan perkara tersebut tp tidak menghalang dan sempat menghantar gambar tunangnya kepada Nazwan dengan mengatakan "Terima Kasih dan Selamat Jalan".


Arissa memang kuat..walaupun hatinya luka parah tp dia tak tunjuk akan perkara tersebut..pernah dia tanya Nazwan..

"Kau tahu cita2 aku?"
" Jadi isteri aku?"
"Bukan. Jadi isteri kau adalah impian..tp cita2 aku adalah nak tengok orang di sekeliling aku hidup dengan gembira. Jadi untuk buat semua orang gembira, aku perlu gembirakan diri aku terlebih dahulu. Kalau aku tak gembira, macam mana aku nak gembirakan semua orang. Betul tak?"

Dan perkara itulah yang dia buat walaupun orang x sedar dia sangat terluka.. Lagi2 bila dapat tahu selama ini dia tahu apa yang berlaku selama ini tentang kejadian Natasya dan juga Sarah dan Luqman..tp memang tabik dengan kekuatan Arissa.. lagi2 selepas Nazwan pergi ayah Arissa pula meninggal dunia..


Selepas dua tahun, Nazwan kembali..Arissa memang berubah.. 
Tentang kehadiran mr. Iphone dan banyak perkara berlaku yang buat kita teruja nak tahu..memang comfirm yang Arissa dan Nazwan ni memang berjodoh..dan kita juga tahu apa yang ada dalam hati Nazwan..memang terkejut dengan rahsia yang tersingkap..jd kena lah baca sendiri..tp jangan risau ending yg comel dan happy ending..memang bestt..:)