Tuesday, December 4, 2012

masalah datang lagi.....

Seteresssssssss..sangat3x!!!


Kisahnya camni...pasal housemate aku... aku x kenal pun dia ni..cari pun sebab nk menyewa bilik kat rumah tu...dia dari rumah lama...lepas aku cari rumah baru.. "AKU CARI".... aku ajak la dia join sekali....dia pun nak sebab rumah lama owner suh keluar.. da alang2 dia tak cari lagi..aku pun offer..jom la..duduk sekali..byr sewa sama rata..

So, rumah tu ada 4 orang..satu kawan dia..satu kawan aku.. ok fine..4 orang okay la..aku pun x suka ramai2 dlm rumah.. lepas da duduk rumah tu sebulan..kawan aku dapat keje tempat lain..so dia keluar la..so aku dpt bilik master sorang2 kalau tak aku share dengan kawan aku ni.. lepas tu rasa cam x adil la kan.. so aku ckp la ikut bilik..aku RM140..yg bilik lain RM130 (bilik medium dgn small nak dekat sama..so mls nk berkira)..

Lepas tu..boleh plak diorg x setuju....diorg nk bayar RM100 gak.. dia bg cadangan suh aku keluar dari bilik tu biar aku diorg duk bilik tu..........aku..apa lg..sah2 la x setuju..aku sanggup bayar lebih tau...da la aku cari..diorg senang2 suh aku keluar..jangan harap la..aku da selesa duk bilik tu..dia nk suh aku keluar..sorry to say okay!! last2  aku bgla..bilik small tu RM120..aku byar RM150..yelaa..x kisah la..10 hinggit je pun...


Selepas beberapa minggu..tiba2 si housemate aku yg sorang ni bwk kawan dia dtg..x kisah la..diorg selalu je bwk..kalo 2..3..hari aku x kisah mana..tp..aku tgok kwn dia tu siap2 lipat2 baju..susun2 baju dia kat bilik..aku da dok pelik..okay..cool lagi..lepas tu..aku tnye2 kwn dia yg housemate aku bwk tu..rupa2nya dia keje kat area rumah aku..perghhhhhhhhhhhhh...sakitnyer ati...selamba badak je duk rumah aku..lepas tu x de pun nak cakap2 kan..sakit tul ati aku tau..okay lg..cool lg sebab dia ckp duk sampai bulan 12..

Lepas tu lak...yg housemate aku lg sorang yang duk bilik kecik...boleh lak dia bwk sume kain baju dia letak kat hall rumah tu...dengan siap iron board sekali...........ni aku tak ley terima...situ kan tempat tgok tv..rehat2..tp dia boleh selamba badak letak barang dia kat situ..ko ada bilik kan..ko letak la barang ko kat bilik..kalo ko letak barang dapur kat situ aku x kisah..ini tak...bukan main lg..siap KAIN BAJU yg da berhanger!!....arghh sakit ati aku..aku senyap lagi...

Lepas tu lg sekali..dia boleh angkutnyer kwn dia lg sorang (yang lain)..ni aku x tau berapa lama dia nak duduk..da la aku balik..bising2 rumah tu..bersepah2 kat hall..lepas tu aku masuk balik dari keje..buat x nampak je aku...macam aku lak menumpang kat rumah aku sendiri.....sakittt nyer ati aku...

Da la...rumah tu aku rasa ko x pernah nak sapu or mop..lepas tu aku beli gas memasak..ko tibai je pakai...mintak bayaran gas pun..ko wat bodoh je..pakai bukan main...setakat mesin basuh yg ko bwk tu aku x heran la..korang lagi byk pakai barang aku..geramnya aku..

Semalam..aku mesej..aku direct ckp..suh diorg cari rumah lain..lepas tu boleh lak tak balas mesej aku..agknyer nak suruh aku mengamuk kot depan2 diaorg....baru ko nak berambus...

Seperti yang di highlight diatas..RUMAH TU AKU YANG CARI..AKU YG SIGN CONTRACT..AKU YANG P BAYAR SEWA RUMAH KAT BANK..DUIT API AIR AKU YANG BAYAR KAT POST OFFICE..RUMAH PULAK SIAP ADA FURNISH LG...korang lak buat aku ni mcm menumpang rumah korang lak kan..bg duit sewa je kat aku...padahal..aku yang penat2 cari rumah tu..korang yg sibuk2 nak ikut masuk..arghhh..geramnya..kalau macam ni...baik aku duk sorang kat rumah tu lagi bagus la.......

YA ALLAH..tolong lah jauhkan aku dari semua manusia yang bersifat seperti ini..AMIN!!!


Friday, November 23, 2012

Sha & Shah- SHA IBRAHIM



Haloo..


Hari ni aku merajinkan diri lagi untuk meng'rebiuuu'..novel yang aku da baca..hehe.. Selepas novel Alang Rebus Tak Empuk aku termenung nak pilih novel mana aku nak baca..antara Sha & Shah atau Bila Nak Saksi..(padahal ada sekotak lagi novel pending)... Last2 aku capai Sha & Shah.. he he he


SHA & SHAH adalah novel ke-3 dari karya SHA IBRAHIM.... tiga2 novel dari penulis ni aku da ada OKAY!! novel dia sebelum ni semuanya tebal2.. tp Sha & Shah ni kurang tebal (tebal jugak tau)..


Okay malas nak melalut.. kisah Sha & Shah ni bermula Farisha (Sha) & Fariz Ameerul Shah (Shah) yang merupakan kawan baik sejak dari diorang kecik lagi.... Lepas tu bila da membesar.. mak si Shah ni suruh Shah kawin..suruh kawin dengan Sha... mak Shah cakap lagi kalau Shah tak kawin dengan  Sha sekalipun..mak dia akan cari orang lain supaya kawin dengan Shah.. Shah apa lagi..daripada dia kawin dengan orang yang dia tak kenal baik dia kawin dengan Sha kan.. So dia ajak la Sha kawin..tapi Sha tak nak..tapi da duk pujuk2 akhirnya dia terima jugak..


Selepas berkahwin, diaorang pun buat hal masing2..(tidur sekatil okay..tp tak buat apa2 pun)..dengan si Shah yang playboynyer..Sha pun dengan perangai tak kisah dia...walaupun kadang2 dia ada perasaan cemburu bila dpt tahu kisah gosip suami dia dengan perempuan lain..opsS lupa lak nk gtau Shah ni jutawan yang hensem okay..haha


So sampai satu masa, tiba2 Shah terasa macam jatuh cinta kat Sha..faham2 je la kan simptom2 jatuh cinta ni...So Shah pun buat keputusan nak biar perkahwinan dia dengan Sha macam orang lain..hehehe..so mula la projek memikat isteri..erk!.. tapi dia pikat kejap je..Sha pun sebenarnya memang suka kat Shah dari dia kecik lagi cuma tak cakap je.. Lepas tu berbahagialah diorang...


Konflik cite ni pun tak berat sangat sebenarnya.... contohnya ada pihak ke-3.. Si Iskandar Zulhisyam ni boleh suka kat Sha... Iskandar ni pulak rupanya musuh tradisi  Shah masa time belajar dulu... Lepas Iskandar tau si Sha ni bini Shah apa lagi..jeles la dia so konon nak rampas Sha dari Shah...adalah benda dia duk kacau Sha ni kan sampai Shah geram..tapi last2 dia give up jugak..


Mula2 aku ingat si Iskandar ni la yang paling jahat yang akan merampas Sha.. tapi  "air yang tenang jangan disangka tiada buaya".. rupa2 nya yang paling jahat Si Atilia.. Atilia ni bos Sha.. Dia ni dengan peragai gedik seksinya memang nak menggoda Shah la sampai konon wat rancangan ngan si Iskandar... Shah memang semua perempuan dia layan sama..yela..playboy la katakan.. nanti sampai ke last jugak la dia berusaha nak dapatkan Shah.. n ada la konflik yg lain mls aku nak cite..tp konflik x de la meleret2..cuma tang Atilia tu je la...kalau nak tau p baca sendiri...hehe


Cerita ni bagi aku biasa je..tapi isi penceritaan dia berlainan dari yang lain.. kalau yang penah baca karya dari Sha Ibrahim tau la kan.. Aku sampai sekarang terJATUH CINTA dengan Shah.. Yelaa..romantik gilerrrr....kalah Joe Dia Segalanya kalau aku dapat laki cam tu..sure p kurung dia kat bilik..hahaha..*gatal*...=P..Yang pasti novel ni jadik kesayangan aku.....heee..

TAHNIAH kak Sha Ibrahim untuk karya yang hebat dan buat sy tersenyum je...:DD


p/s: mcm mana sebutan suara yang keluar kat mulut kita eh..Sha dengan Shah kalau kite sebut lebih kurang je..kalau misal kata sape2 panggil Sha.. Shah mesti toleh gak..haha.. nasib baik novel sbb tak akan keliru..hehehe..
okay sampai sini je..bye3..



Wednesday, November 21, 2012

ALANG REBUS TAK EMPUK -aimi shabana



Hi..salam...

Hari ini merajinkan diri nak review novel ini.......sape yang da baca???

Ini adalah novel JS ADIWARNA yang kedua aku miliki..tapi yang pertama aku baca..yg pertama aku beli URUSAN CINTA BELUM SELESAI..still lagi pending cite tu..x bukak2 lg..hahaha..XD

Novel ni aku tertarik pun disebabkan terbaca review salah satu blog. Mula2 tgok tajuk memang x berminat pun..tapi bile baca review dia membuatkan ku melonjak2 utk membeli...kalau nk baca klik blog INI...

Aku suka pun sebab cerita ni adalah satu kisah kehidupan yg bagi aku sangat manis untuk dibaca.. kisah pasal student universiti. Ni bukan kisah romantik okayy!!..Aku memang suka kisah2 cam ni..yang pasti kisah macam ni banyak ada pada koleksi novel JS..So lepas ni penulis AIMI SHABANA adalah antara penulis yang aku minati selain SYUD & NASZ yang suka tulis kisah sweet mweet ni..

Meh aku review sikit...


Kisah cerita ni adalah kisah mengenai Nurul Shifa seorang yang sopan santun, pendiam, lemah lembut dan sume yang baik la ada kat diri dia ni...tapii...tapii..TAPI.... kelemahan dia adalah dia TAK CANTIK!!.. dia hitam bak kulit manggis..muka dia banyak jerawat bak jalan tar (bukan aku cakap ye..tp Shifa).. so dia cam rendah diri la atas kelemahan dia ni.. tp dia x sedar diri dia tu comel..hehe

Si Shifa ni sebenarnya ada hati kat Ziyad. Ziyad ni satu kelas dengan dia. Tapi..dia x pernah pun bercakap dengan Ziyad ni..sebab dia ni pemalu sikit..padahal si Ziyad ni kwn baik Sarah (roomate Shifa a.k.a BFF Shifa kat U tu).. Dia boleh je ambil peluang berbaik2 kalau betul dia suka kat Ziyad tp sebab dia ni pemalu..pendiam dan macam2 lg la..so bila Ziyad ckp dengan Sarah dia tunduk je..dan diam..

Nak dijadikan cerita...Shifa dengan tidak sengaja menghantar SMS kat Ziyad. Masa tu dia just taip2 je "SAYA SUKA AWAK ZIYAD" tp x hantar pun..ntah macam mana adik Shifa ni gatal2 tgn dia p tolong hantarkan..huahaha..So apa lg..malu seh....Si Ziyad ni pulak x tau gerangan siapa yg meluahkan perasaan..so dia call la nombor tersebut.. Shifa x angkat.. Sampai la satu masa Ziyad call lagi byk2 kali..n then adik Shifa tengah main telefon tu..dia pun angkat dan beritahu telefon tu milik Nurul Shifa. 

So terpaksa la Shifa cakap dengan Si Ziyad dan dengan beraninya Shifa ckp dia suka Ziyad dan nak jadi kekasih Ziyad.

Tetapi....Ziyad x terima..sedihhhh..luahan hati Shifa ditolak oleh Ziyad. So Shifa kecewa la.. 
Tapi yg bestnyer Ziyad ajak Shifa jadi kawan baik dia mcm teman tapi mesra.. So.. Shifa pun setuju..dan dia melonjak2 gembira..sebab dalam pikiran dia mana tau satu hari nanti da lama kwn2 Ziyad akan jatuh hati kat dia..

Mula2 memang sangat menyampah la kat Ziyad ni..sebab Ziyad ni memilih sikit perempuan..kalau nak perempuan dia nak yang dahi licin je..kononnya secocok dengan dia yang hensem..hampeh...

Yang buat aku tertarik kat cerita ni..pasal Ziyad yang dah suka kat Shifa tapi x nak mengaku..Mula2 bukan main lg ckp Shifa bukan taste dia la..tp kalau dan asik2 ingat kat Shifa..siap angau lagi..bukan namanya suka ke?? Tapi still x nak mengaku..menyampah.. Shifa pulak sebenarnya x buat apa2 pun.. tp Ziyad yg terpikat sikit demi sedikit..

Aku suka kat Shifa..walaupun dia suka Ziyad..tp dia x tunjukkan sangat dia suka..dia wat selamba je..cuma dalam hati dia je berperang..makan hati.. Ziyad plak bukan main lagi layan Shifa sampai Shifa pun pikir Ziyad suka kat dia..sampai la munculnya si Zara Juliana yang kapel dengan Ziyad nanti.. Tapi Ziyad x mengaku si Zara ni awek dia depan Shifa..adoii..parah betul si Ziyad ni.. Shifa pun apa lagi selagi si Ziyad x mengaku dia masih ada peluang kat Ziyad..padahal da byk bukti yang menunjukkan Zara dan Ziyad kapel..

Selepas ituuu...ada sesuatu berlaku yang menyebabkan Shifa buang perasaan dia terhadap Ziyad.. dan Ziyad  pulak macam kucing kehilangan anak..hahaha..lawak2..kalau nak tau p baca sendiri k..


Kisah ni sangat..sangat..sangat...MENARIK OKAY!! kisah ni makin menarik bila diwarnai dengan persahabatan antara kawan2 dia yang lain..antaranya Geng 4S (Shifa, Sarah, Suraya & Syakilla)..
Kawan si Ziyad pulak Si Fairuz dengan Aiman. Aku sangat suka kat Fairuz sebaaabbbbb...hehe..
Si Aiman lak sangat kelakar dengan lawak selamber dia...Yang pasti setiap watak ada kekuatan sendiri membuatkan kite sentiasa tersenyum..

opsss..lupa lak..nak tau apa kaitan tajuk ALANG REBUS TAK EMPUK?? Ada kaitan dengan apa yang Shifa duk minat....yang paling comel di setiap helaian permulaan bab ada wajah lelaki berambut afro dan bercermin mata..:DDD



Saturday, November 3, 2012

setitis kasih DARMIA






Da lama aku x buat review novel..terasa ada mood barulah nak buat.. harini aku baru menghabiskan baca novel SETITIS KASIH DARMIA dari SR Publication..


Beli pun sebab orang cakap cerita ni best..so masa g popular tu..adalah diskaun 20%.. so apa lg..rembat la.. tp skrg baru ada berkesempatan nak membaca..hehehe...


Setitis Kasih Darmia ni mengisahkan Mia seorang ank yatim yang kehilangan mak dia masa dia kecil lagi. Ayah dia pula dia x tau kat mana..sejak dia lahir dia x pernah jumpa..jadi dia pikir ayah dia dah meninggal la.. Mia ni tersangatlah kesian.. Mak saudara dia sume x suka kat dia. Dia selalu cakap Darmia ni suka menggoda lelaki macam mak dia..

Satu hari tu, Darmia hampir2 nak kena rogol dengan PakNgah dia..tp x sempat..dia lari2..n then ada seorg lelaki selamatkan dia..masa tu pulak tengah hujan.. Entah macam mana..tiba2..diorg kena tangkap basah.. Mereka berdua ni dipaksa berkahwin..Pakngah dia yang jahat pun fitnah nak tutup aib dia, dia pun tuduh Mia ni macam2..Makngah dia pun 2x5 jugak la..sebab nak bela laki dia..padahal dia tau laki dia memang gatal..

Mereka pun dinikahkan tanpa rela...tapi..yang menyedihkan...si suami Mia ni tuduh Mia buat rancangan nak perangkap dia..sampai dia baling duit n terus belah macam tu je tinggalkan Mia...

4 tahun berlalu.....Mia tinggal dengan Opah dia yang sgt sygkan dia...segala orang kampung ckp pasal dia..dia pekakkan telinga je..sian dia.. Dia pun masih sedar yang dia tu isteri kepada seorang lelaki yg dia x kenali..status dia masih gantung x bertali...

Sepupu Mia, Haliza ajak Mia p KL sambung belajar n kerja.. Haliza ni baik..sygkan Mia..x mcm mak si liza ni..benci giler kat Mia..x suka anak dia baik dengan Mia.. Liza ni ada rancangan jugak..dia ajak Mia p KL nk suruh Mia keje jd orang gaji kat rumah boyfriend dia Khairul Amir..Boyfriend dia ni playboy so nk suruh la Mia peratikan si lelaki ni.. Mia pun terima sebab x nak susahkan si Liza ni...


Mia pun kerjalah kat rumah lelaki tu....tiba2 bila dia bertentang mata dengan bos dia tu..dia terkejut giler...rupa2 nya..bos dia ni adalah suami dia yang tinggalkan dia lepas beberapa jam diorg menikah...Si Amir ni masih berdendam ngan Mia..so da dapat peluang dia x nak la lepaskan Mia.. Amir ni ugut Mia..kalau Mia x jadi hamba dia, dia akan kecewakan Haliza...Mia ni syg kat Haliza...so dia terima la tawaran Amir ni supaya rahsia diaorg x pecah...

Dalam syok asyik Amir dera Mia buat benda itu ini..tup2 timbul perasaan lain kat hati Amir...Dia macam sayang kat Mia..tapi masalahnya dia tunjuk sayang tu macam macam paksa2..dera2 si Mia tu..sampai si Mia ni menggigil-gigil takut si Amir ni..


Si Mia ni hampir x tahan keje dengan Amir sampai dia rasa nak berhenti..tapi bila Amir tahu..terus dia ugut Mia... Mia ni takut betul kat Amir..  Haliza pulak mendesak suruh masuk meminang walaupun Amir x sedia lg.. X nak kecewakan Liza..diorg pun bertunang..tapi masih rasa serba salah la...

Satu hari tu, Mia keje macam biasa..Amir pulak boleh x sihat...so Amir ni suruh la Mia jaga dia..Mia pun x sampai hati..entah macam mana dia pun boleh tertido kat katil si Amir..siap Amir peluk dia... Boleh pulak masa tu..si Liza datang rumah dan nampak la Mia dgn Amir atas katil..apa lagi mengamuk la dia...Liza anggap si Mia tikam belakang dia...


Da jadik cam tu..Amir pun terpaksa pecahkan rahsia diaorg suami isteri..sume org terkejut Amir adalah suami Darmia yang 4 tahun ditinggalkan...Amir nak putuskan pertunangan..dia ckp dia syg Mia...tapi mak si Liza ni x dpt terima dan dia x kisah Amir ni sape..dia tetap jugak nk suh Amir bertanggungjawab suruh kawin dgn anak dia jugak...Mia jugak suruh Amir kawin dengan Liza n lepaskan dia,,,lepas tu........jeng3..nak tau dia kawin ke x ngan Haliza kena beli la k...


Byklah perkara yang berlaku...Mia mengandung lepas Amir paksa buat dengan dia...kononnya nak biar Mia tetap jadik milik dia sorang je (ni pun sbb kes cemburu)..sejak kejadian tu Mia memang benci kat Amir....Amir pulak memang sgt sweet pujuk Mia...sampai banyak bulan la jugak duk bersabar...banyak jugak rahsia terbongkar pasal cerita silam mak ayah Mia...x boleh la cite sume..kena beli...tapi yang pasti memang x menyesal beli novel ni.. harga dia RM26.90...


aku suka Opah dia yang sentiasa percaya kat dia....
suka Haliza yang syg kat dia sebagai seorang kakak...
suka Amir yang jahat duk takut2kan Mia...hehehe

Sunday, October 21, 2012

tersadai di McD

hye3..ari ahad yang indah ini..bangun2 je..tnye membe aku..boleh x guna brodben..?? sebab dia ada keje yg perlu dibuat...

Dia pun ckp..x boleh..sbb da abes limit..gara2 YES 4G la..menyampah je..

Akhirnya, kami buat keputusan nk pergi mcD sbb kat situ ada wifi.. (aku hanya peneman je)...

lepas siap2..pukul 9 p la tggu bus nk p mcD.. bwk segala laptop, novel n xternal hardisk..(konon2 akan boring la)..hahaha

Lepas sampai2..setup sume..p la beli mcD family breakfast yg harga dia RM19.90 cmpur tax sume..RM20.10....



(ini la family breakfast box nya...seriously first time aku beli selama aku hidup ni)



Lepas da mkn2... membe aku tu pun buat keje..ak la mengulor..x de keje...

Nk dekat 5 jam da aku duduk sini...baru tahu bertapa boring seh...last2 aku update la blog ni..hoho..ada gak keje nk wat...

Tadi baca novel..tp pening lak kepala..n then stop...



(ni la novel latest yg aku tgh baca)



skrg ni da boring balik...x tau nk buat apa kat mcD ni..nk beli lunch..gila la..breakfast n lunch nk mkn mcD...da la semalam mkn Seoul Garden.. hari2 fastfood..mengembang bak belon la nmpknya...huhu..


k bye..

Wednesday, October 10, 2012

Saturday, September 29, 2012

Aku Yang Kau Cinta




TADAAAAAA!! terexcited nak tunjuk novel ni...Sekarang tengah syok membaca novel ni.. Disebabkan tajuk dia, cover and review2 orang buat telah membuatkan aku berminat mencari novel ni.. Tajuk dia AKU YANG KAU CINTA karya Muna Mahira telah menarik tangkai jantung hatiku untuk membelinya...Chewaaah!

 Best la jugak... Bukan cerita kawin paksa..tapi cerita tentang pembalasan dendam si lelaki terhadap si perempuan. Sebab itu lah mereka ni berkahwin. Sedih ada..happy ada...geram pun adalah..Tapi last2 happy ending jugak..(da baca m/s last dulu masa baru dapat)..hahaha

Aku pun tak abis baca lagi..kalau nak buat review..kalau nak tau baca sinopsis dia kat SINI....:)

Tapi yang memang pastinya tak merugi membeli novel ni..Lagi2 aku beli 2nd punya novel..SANGAT2 BERBALOI OK!!..

BYE! nak p sambung baca. cayok2..hari ni jugak mahu abiskan!!..:DD

Monday, September 10, 2012

Muara Hati



halloo...

n3 kali nie nk share lagu MUARA HATI..nyanyian Dato' Siti ft Hafiz..

kalau sekali imbas tgok tajuk cam MUAR HATI... haha..saje nk promote muar..


Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Hoo uuu..
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..




Best tau lagu ni..menusuk jiwa kalbu dan raga...haha..n rasa2nya korang pun da tau lagu ni lagu ost Adam & Hawa...yg dulu, novelnya top gilerr...skrg diadaptasi jadi drama..(x dpt tgok sebab x de astro..sedeyy..)..layan lagu cukup la k..haha



Sunday, July 15, 2012

time to release tension!!

Semalam dengan selambanya aku pegi tgok cte Madagascar 3: Europe's Most Wanted lepas balik dari keje.. 

Dalam perancangan memang nk p tgok.. 3 bulan sebelum cte ni keluar memang aku x sbr la nk tgok..Wat perancangan sabtu ni..aleh2.. dengan tetiba nye malam semalam aku pegi tgok..

dengan berbaju kurung lagi..hahaha..(ayu gitu)..baru balik keje la katakan..hahaha..=D..

Tula..aku ni lain sikit..jadik je kalau da kata boleh..kawan aku pun apa lg..kata OK je la...hahaha..

Cite animation ni memang feveret aku sebab..cite die gerenti banyak komedi punya..so, paham2 la kan..mesti tergelak sakan.. sampai x kering gusi..

Seronok tengok gelagat2 sekawan haiwan tersebut..hahaha








HASILNYA...serius aku ckp..memang x rugi la membazirkan duit RM12 + RM7.50 (popcorn). Memang gelak terguling2 la kalo boleh kat panggung tu..hahaha..Sampai skrg x boleh nk berhenti gelak kalo teringat cite ni..hahaha..memang ubat release tension betul..hahaha..:DD

Next, upcoming movie>> ICE AGE 4


Monday, June 11, 2012

ROOFTOP PRINCE yang comel

Kali ni nk cte sikit satu drama korea ni..tajuk dia ROOFTOP PRINCE~

Rasanye da lama x layan cte korea..last pun yang aku ingat FLOWER BOY, RAMYUN SHOP or ME TOO, FLOWER

Rooftop Prince nie paling latest aku download la..2 hari gak la aku habiskan..tp x abes lg...lg 3 episode je...


ni la prince2 tersebut (comel kan)

Citenya bermula bile 4 orang nie tercampak kat rumah si heroin.. Mereka ni datang dari 300 tahun zaman dulu. Aku cite la serba sedikit.. 

Mcm ni...Prince Lee Gak (Park Yoo Chun- gambar atas kaler merah) Crown Prince masa zaman  dulu...Pada satu hari, Crown Princess die mati, so dia nk siasat la pasal kes tersebut..So die upah la yang baju kuning, biru & hijau kat gambar atas ni nk siasat pasal kes ni. Tapi tibe2 masa diorg nk siasat, ada orang nk bunuh prince ni..n then dengan tiba2 diorang boleh tercampak ke dunia masa depan.

So, tempat yang diorang jatuh tu kat rumah Park Ha (Ha Ji Min). Rumah dia ni macam rumah atas..tu yang panggil rooftop. So, daripada situlah 4 orang ni tinggal kat situ bersama dengan si heroin..Kalo nak tau lgi cite die kat SINI.. kalo cite satu hari x abes punye..haha

SerIouSly nk bg tau..cite nie memang kelakar giler!!..bayangkan la..orang zaman dulu datang kat zaman skrg..So, mereka berperangai pelik la..dengan berambut panjangnye la..cara percakapan diorang la..kelakuan diorag la..banyak lagi la..hahaha..memang gelak gler ..

Tapi paling best love story cite ni.. dimana Prince Lee Gak dgn Park Ha bercinta..sangat SWEETT!!...dengan kecomelan Yoo Chun..buat aku cair jek..hehehe..





Yoochun ni kalo korang nk tau die dri kumpulan K-Pop TVXQ... Dia dulu aku ada perasan berlakon dalam cte Sungkyunkwan Scandal..aku x bpe sangat tengok cte ni sebab x bpe menarik..bagi aku la..haha..tapi bile die berlakon dalam cite ni..terpikat gler la..terselah kecomelan die..hehehe...

Konflik cite ni pun bes jgk buat orang nk tgok tanpa henti....

So try la tengok..mesti x menyesal..kalo rasa nak hilang stress kan...ROOFTOP PRINCE daebakkk!!!


comel x??? hehe



Tuesday, May 29, 2012

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!!

Harini tak tau nak post apa...So nk cite sikit pasal novel yg aku bwu lepas baca.. tajuk dia "SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!"...


Mula2 aku tgok tajuk je ngan cover novel ni da rasa cm best je..hahaha...aku beli time pesta buku kat PWTC aritu...byk gk la aku beli novel tapi novel ni paling tebal..(aku suka yg tebal2 ni tp x de masa nk baca) hik3..

Disebabkan x de masa sbtu lepas bwu aku start baca..HAHAHA..mula2 boring sikit la..tp bile da dekat bab 5 ngan 6 da mula x bosan..

Sonok gler baca tanpa henti dengan watak FIRASH ARSYAD ngan SYAFA AQIRA...

Kisahnye macam ni diorang ni terpaksa kawin disebabkan mak Firash tu suruh kerana...TETTTTT..(kena beli la kalau nk tau)..=P...Si Firash ni x nk sebab dia bwu je 21 tahun..belajar lagi..n then Syafa lak da 25 tahun (betul ke x eh?? lupa lak)..yang pasti tua 4 tahun.. Si Syafa ni lak adalah makwe kepada abg si Firash ni Farish tp diorang putus disebabkan kejadian Teett td....( tp meninggal masa diorg kawin)..sedey.. ='((..

So, lepas kawin tu masing2 tinggal berasingan la..sebab si Firash tu study lg si Syaf lak keje kan..perkahwinan diorang ni lak memang x de sape yang tahu kecuali mak si Firash ni...memang hubungan diorang dingin je la..hahaha..

Tapi disebabkan si Syaf ni kena transfer tempat keje, dia kena la tukar sampai kat ganu (kerteh)..lepas tu makin jauh la dari laki dia... tp kebetualan si Firash ley lak dpt praktikal kat ofis sama tempat Syaf keje..n diorang kena la tinggal serumah.. n boleh lak si Syaf ni yg jaga Firash time die praktikal..

Lepas tu sepanjang diorg tinggal sama2..hubungan pun makin baik..n jadi la suami isteri yg sebenar....tp kebahagian diorg sekejap je...lepas seminggu ada org cari pasal...si Syaf lak salah faham cakap laki dia curang..puas da si Firash terangkan tapi Syaf x percaya..

Lepas kejadian tu lak, Si Firash lak ley salah faham kat Syaf..dengan kejelesan yang terlampau..dia pun buat something kat Syaf sampai Syaf lari tinggalkan Firash...

After that...kena beli la ea novel ni..bwu tau...x ley cte lebih2..HAHAHA..(padahal penat nak taip..hehehe)

Tp seriously memang sweet si Firash tu...waaa..cair aku..time dia pujuk2 tu..        ..
memang x rugi la beli novel ni....ok la daaa~

kalau nk tgok ni la novelnya..cantik kan cover dia..

Tuesday, February 14, 2012

~teRukir binTang~

>>jom layan lagu YUNA ni<<

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Friday, February 3, 2012

~PERUBAHAN~

WAHAHAHA~ gilo x?? sekarang da tahun 2012.. bru nk update tuk yang second  blog ni..hehehe..upanya aku ada blog..sorila..aku nie hangat2 tahi ayam sikit..hehe.. Ok x pe..aku nk cite sikit kat second post nie tentang perubahan aku..
.
.
First~ sume da tau aku sudah pun menamatkan zaman STRESS!! atau dikenali zaman study..haha..seterusnya da pun keje..memang rezeki aku kot so sauk je la..haha..aku syukuR sgt2..thank you ALLAH!!...sekarang ni bile kira2, aku keje da nak dekat setengah tahun..cepat giler masa berlalu kan2?...tp x tau la kekal ke x kat situ..x kot..hohoho..=P

Second lak..ak da duk KL..damansara (lum sampai KL pun sbnrnye..tp nk dekat2 gk la)....bak kata mak aku..aku nie perantau berjaya..mana x nye..kejap kedah..kejap JB..lepas tu tup2 keje KL..memang berdikari betul..hehehe..


Ermm..tu jela kot perubahan aku wat masa nie..tp kalau benda yang x berubah ialah ak still lg duk nagn BFF aku..paham2 je la sape..da la dulu satu roomate, classmate n then sekarang housemate n keje same2 (meja sebelah2 tu)..hihihi..tp x tau la kan sampai bile kitaorg bersama..n then lagi satu yang x berubah ~im SINGLE~..=P


sekadar  nak share sikit gambar si cute nie wat penyedap mata.. hohoho~