Wednesday, November 21, 2012

ALANG REBUS TAK EMPUK -aimi shabana



Hi..salam...

Hari ini merajinkan diri nak review novel ini.......sape yang da baca???

Ini adalah novel JS ADIWARNA yang kedua aku miliki..tapi yang pertama aku baca..yg pertama aku beli URUSAN CINTA BELUM SELESAI..still lagi pending cite tu..x bukak2 lg..hahaha..XD

Novel ni aku tertarik pun disebabkan terbaca review salah satu blog. Mula2 tgok tajuk memang x berminat pun..tapi bile baca review dia membuatkan ku melonjak2 utk membeli...kalau nk baca klik blog INI...

Aku suka pun sebab cerita ni adalah satu kisah kehidupan yg bagi aku sangat manis untuk dibaca.. kisah pasal student universiti. Ni bukan kisah romantik okayy!!..Aku memang suka kisah2 cam ni..yang pasti kisah macam ni banyak ada pada koleksi novel JS..So lepas ni penulis AIMI SHABANA adalah antara penulis yang aku minati selain SYUD & NASZ yang suka tulis kisah sweet mweet ni..

Meh aku review sikit...


Kisah cerita ni adalah kisah mengenai Nurul Shifa seorang yang sopan santun, pendiam, lemah lembut dan sume yang baik la ada kat diri dia ni...tapii...tapii..TAPI.... kelemahan dia adalah dia TAK CANTIK!!.. dia hitam bak kulit manggis..muka dia banyak jerawat bak jalan tar (bukan aku cakap ye..tp Shifa).. so dia cam rendah diri la atas kelemahan dia ni.. tp dia x sedar diri dia tu comel..hehe

Si Shifa ni sebenarnya ada hati kat Ziyad. Ziyad ni satu kelas dengan dia. Tapi..dia x pernah pun bercakap dengan Ziyad ni..sebab dia ni pemalu sikit..padahal si Ziyad ni kwn baik Sarah (roomate Shifa a.k.a BFF Shifa kat U tu).. Dia boleh je ambil peluang berbaik2 kalau betul dia suka kat Ziyad tp sebab dia ni pemalu..pendiam dan macam2 lg la..so bila Ziyad ckp dengan Sarah dia tunduk je..dan diam..

Nak dijadikan cerita...Shifa dengan tidak sengaja menghantar SMS kat Ziyad. Masa tu dia just taip2 je "SAYA SUKA AWAK ZIYAD" tp x hantar pun..ntah macam mana adik Shifa ni gatal2 tgn dia p tolong hantarkan..huahaha..So apa lg..malu seh....Si Ziyad ni pulak x tau gerangan siapa yg meluahkan perasaan..so dia call la nombor tersebut.. Shifa x angkat.. Sampai la satu masa Ziyad call lagi byk2 kali..n then adik Shifa tengah main telefon tu..dia pun angkat dan beritahu telefon tu milik Nurul Shifa. 

So terpaksa la Shifa cakap dengan Si Ziyad dan dengan beraninya Shifa ckp dia suka Ziyad dan nak jadi kekasih Ziyad.

Tetapi....Ziyad x terima..sedihhhh..luahan hati Shifa ditolak oleh Ziyad. So Shifa kecewa la.. 
Tapi yg bestnyer Ziyad ajak Shifa jadi kawan baik dia mcm teman tapi mesra.. So.. Shifa pun setuju..dan dia melonjak2 gembira..sebab dalam pikiran dia mana tau satu hari nanti da lama kwn2 Ziyad akan jatuh hati kat dia..

Mula2 memang sangat menyampah la kat Ziyad ni..sebab Ziyad ni memilih sikit perempuan..kalau nak perempuan dia nak yang dahi licin je..kononnya secocok dengan dia yang hensem..hampeh...

Yang buat aku tertarik kat cerita ni..pasal Ziyad yang dah suka kat Shifa tapi x nak mengaku..Mula2 bukan main lg ckp Shifa bukan taste dia la..tp kalau dan asik2 ingat kat Shifa..siap angau lagi..bukan namanya suka ke?? Tapi still x nak mengaku..menyampah.. Shifa pulak sebenarnya x buat apa2 pun.. tp Ziyad yg terpikat sikit demi sedikit..

Aku suka kat Shifa..walaupun dia suka Ziyad..tp dia x tunjukkan sangat dia suka..dia wat selamba je..cuma dalam hati dia je berperang..makan hati.. Ziyad plak bukan main lagi layan Shifa sampai Shifa pun pikir Ziyad suka kat dia..sampai la munculnya si Zara Juliana yang kapel dengan Ziyad nanti.. Tapi Ziyad x mengaku si Zara ni awek dia depan Shifa..adoii..parah betul si Ziyad ni.. Shifa pun apa lagi selagi si Ziyad x mengaku dia masih ada peluang kat Ziyad..padahal da byk bukti yang menunjukkan Zara dan Ziyad kapel..

Selepas ituuu...ada sesuatu berlaku yang menyebabkan Shifa buang perasaan dia terhadap Ziyad.. dan Ziyad  pulak macam kucing kehilangan anak..hahaha..lawak2..kalau nak tau p baca sendiri k..


Kisah ni sangat..sangat..sangat...MENARIK OKAY!! kisah ni makin menarik bila diwarnai dengan persahabatan antara kawan2 dia yang lain..antaranya Geng 4S (Shifa, Sarah, Suraya & Syakilla)..
Kawan si Ziyad pulak Si Fairuz dengan Aiman. Aku sangat suka kat Fairuz sebaaabbbbb...hehe..
Si Aiman lak sangat kelakar dengan lawak selamber dia...Yang pasti setiap watak ada kekuatan sendiri membuatkan kite sentiasa tersenyum..

opsss..lupa lak..nak tau apa kaitan tajuk ALANG REBUS TAK EMPUK?? Ada kaitan dengan apa yang Shifa duk minat....yang paling comel di setiap helaian permulaan bab ada wajah lelaki berambut afro dan bercermin mata..:DDD



2 comments:

  1. Penulis Aimi Shabana ni kawan sy kat kampus dulu dan jalan cerita tu seme tentang kwn2 kami..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry..baru perasan comment..seriously?? kiranya ni true story ke..? nama2 watak pun sama ke?

      Delete