Wednesday, April 10, 2013

Nasi Lemak Buah Bidara- April Snow

Salammm..

Lama da tak update blog..kemalasan sgt melanda sekarang..baca novel pun x sempat..apatah lagi nak review..

So sy review novel2 yg sy rasa SANGAT best je la ye..hehe





Rasa menyesal SANGAT tak baca novel ni awal2..novel ni da lama pending dari tahun lepas lagi..

sebab bila org bg review kita da dapat bygkan kisah dia..bak kata orang seperti cinderella..so pikir malas la nak baca dulu... tapiii..rupa2nya baca novel ni memang tak boleh nak berhenti..serius!! sampai waktu lunch pun kat office sy sanggup membaca (selama ni tak pernah pun nak buka novel kat office)..:)


saya sukakan kisah cinta mereka.. Akhmal Hafiz seperti putera raja yang dikurniakan sebagai penyelamat untuk seorang Siti Nur...


Dengan teletah Ben, anak tunggal Akhmal yg sgt menghiburkan yg membolehkan wujud rasa sayang dalam diri Siti. Sy ni memang susah nak menangis masa baca novel..tp dalam novel ni..sy nangis masa si Datin Junainah tu pukul Siti sbb ingkar arahannya dan pada masa tu juga dia melindungi Ben daripada tercedera. Ben pulak ceritakan kejadian tu pada ayah dan neneknya. Dapat rasa kesedihan yang dialami Ben dan Siti..


Ketulusan, kebaikan, kecantikan dan keperibadian Siti memang sangat memikat sesiapa sahaja. Hanya orang yang berhasad dengki sahaja yang tidak puas hati dengan Siti seperti Datin Junainah dan Zurene.


Suka sangat bila Akhmal cuba nak memikat Siti. Sehingga Akhmal yg tak sabar2 nak kawin dgn Siti. Yang paling gembira mestilah Ben sebab Kakak Sitinya betul2 menjadi mamanya. Tersenyum je bila Akhmal yg selalu buat Siti malu..hehe..lagi2 tang kenyit mata dia tu..suka sangat kenyit mata..so sweeett..:DD


Sangatlah puas hati baca novel ni..Yang pasti kisahnya Happy Ending!!




Ni sy x review menyeluruh..kalau nak tau kisah dia boleh la beli novel ni..gerenti x rugi..:DD

No comments:

Post a Comment