Monday, September 23, 2013

adaptasi Novel Lagi!! Akasia Love You Mr Arrogant

Cinta Jannah da nak melabuhkan tirai sudah...excited tak nak ending??? hope sgt happy ending la yer..
Harini saya nak bercerita sikit tentang cerita baru yang menggantikan Cinta Jannah...Rasanya semua da tau kan.. yang menggantikannya adalah dari cerita novel jugak LOVE YOU MR ARROGANT..

Sebenarnya saya sangat excited!!! Sbb LYMA ni antara novel feveret saya.......



Novel jugak antara novel terawal yang saya miliki sejak berkecimpung minat membaca novel ni..(cheewah ayat)..haha..

Kalau yang suka kisah santai..dengan watak yang cute..tanpa konflik yang berat..novel ni antara pilihan terbaik..Novel ni jugak boleh buat kita gelak dengan telatah watak utama dia Zafriel Irham & Zaara Amirah..

Dulu masa mula membaca, nak tau saya bayangkan sapa sbg watak hero dia Zafriel Irham??

Tadaaa!! Penulis dia yang letak kat blog okay..



Memang sangat sesuai kan mamat korea ni jadi Zafriel Irham... lelaki yang ego..susah nak senyum..asyik membentak je..tp punya sifat ambil berat kat isteri dia walaupun perkahwinan diaorang tanpa dasar cinta.. Walaupun garapan watak Zafriel Irham ni agak menyampah..tapi sy sukaaaa..hehe..COMEL!!

Sekarang!! Tak  sangka novel ni jugak telah diapdatasi.. pemilihan pelakon pun sangat sesuai..saya suka Azlee Khairi yang dipilih menjadi  Zafriel Irham..watak Zaara Amirah pun sangat sesuai dengan walaupun pendatang baru..Tahniah buat penulis Aliesha Kirana..

Antara part yang x boleh saya lupa adalah masa Zaara yang kena kejutkan suaminya Zafriel..haha..Zafriel ni memang susah nak bangun subuh..cara mudah dia kejutkan suami dia..dia baca surah YASSIN kat tepi telinga Zafriel..apa lg..terkejut beruk la Zafriel dengan ketakutan..bijak betul Zaara..

Harap2 drama tidak menghampakan la yer.. Maybe lebih bagus dari novel siapa yang taukan.. Oh!! Sangat x sabar.. 25hb 9 yer kita date sama2..






Ini Sinopsisnya


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.


"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham



Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.



"Apa? Atas lantai ni?"



"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."



"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"



Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.


"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah



Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...




Novel ni bagi saya tak rugi dijadikan koleksi tau...Kalau berminat..boleh beli dari karya seni..gerenti ada stock...kalau nak KLIK SINI..siap ada DISKAUN lg dan FREE POS LAJU!! baru RM15!! 




No comments:

Post a Comment