Tuesday, October 21, 2014

JANGAN JATUH CINTA, ADAH HAMIDAH- REVIEW


Jangan Jatuh Cinta bagi saya agak lain dari yang lain. Rasanya tak de lg penulis yang buat kisah hero yang bepenyakit mental. Walaupun kisah berpenyakit mental adalah satu simptom penyakit yang serius, tp penulis pandai melakarkan jalan cerita yang membuatkan pembaca tergelak dengan telatah si pesakit ni.

Kisah bermula bila Ana yang mendapat penempatan praktikal di KL. Permulaannya di syarikat tersebut, membawa dia bertemu dengan seorang lelaki pelik. Lelaki tu yang selalu tunggu di hadapan pintu syarikat dan berpakaian hitam. Ana sangkakan pak guard, tapi rupanya lelaki tersebut adalah Encik Afdhal bos company tersebut. Ana ni bg saya adalah seorang perempuan yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang dia ragukan. Dengan penemuan sketch book Afdhal dan perangai bosnya yg agak pelik, membawa dia kepada siasatan apakah yang berlaku. Korek punya korek rupanya Afdhal ni mengalami penyakit mental atau tekanan perasaan.

Dari peceritaan Abg Joe, kwn Afdhal yang bosnya tidak mahu membuat rawatan, Ana mula ingin membantu bosnya itu. Lagi-lagi bila dia ada abang sepupu, Naim yang bekerja sebagai psikiatrik. Dari situlah dia mula buat bermacam-macam rancangan untuk memulihkan Afdhal. Senjata yang digunakan adalah Dahlia. Dahlia ni adalah orang yang disukai Afdhal. Dahlia pun turut membantu walaupun dia sudah bertunang. Tapi rupanya dalam membantu, Dahlia mula ada perasaan pada Afdhal.

Afdhal pula dalam masa dia sukakan Dahlia, tapi dia tidak boleh jauh dari Ana. Sikit-sikit Ana. Walaupun dating dengan Dahlia, nama Ana tetap diingati Afdhal. Tapi setelah terbongkarnya rancangan Ana, Afdhal mula membenci Ana. Afdhal merasakan Ana sama macam orang lain yang mengatakan dia gila. Dari situlah, Ana terpaksa pergi dari hidup Afdhal dengan menghadiahkan coretan di sketch book. Ana merasakan Dahlia akan menjaga Afdhal dengan baik.

Selepas 3 tahun, kenangan dahulu sentiasa membuat Ana teringat akan Afdhal. Mereka berjumpa kembali, dan tidak disangka Afdhal sudah jauh berubah. Tak sangka rupanya Afdhal dah lama ingin bertemu dgn Ana. Bila dapat tahu Ana masih belum berpunya, terus di pinang. Hehe.. Rupanya Afdhal sudah sembuh. Nak tau mcm mana Afdhal sembuh? Bacalah sendiri. Pasti puas hati.

3 comments:

  1. Citer ni sangat sangat sangat BEST!!! Tak rugi beli. Malah sayang untuk dilepaskan. Lain dari yang lain. Tidak ada kisah kahwin paksa. Tidak ada kisah perempuan miskin bertemu jodoh lelaki kaya. Sumber itu cliché belaka.....

    ReplyDelete
  2. Citer ni sangat sangat sangat BEST!!! Tak rugi beli. Malah sayang untuk dilepaskan. Lain dari yang lain. Tidak ada kisah kahwin paksa. Tidak ada kisah perempuan miskin bertemu jodoh lelaki kaya. Sumer itu cliché belaka.....

    ReplyDelete