Tuesday, January 21, 2014

Cintaku Bukan Murah- Review






Sesiapa peminat novelis Aleya Aneesa mesti wajib beli karya terbaru dari dia kan.. Cintaku Bukan Murah antara karya terlatest beliau...

Cintaku Bukan Murah adalah antara novel terbaik..best..suka akan elemen kekeluargaan yg diterapkan..mula2 tengok cover ingt cerita dia seorg perempuan nk balas dendam kat seorang lelaki bila dia dipermainkan cintanya..rupanya ku tersilap jangkauan..hehe..


Walaupun ada unsur kahwin tanpa cinta..tapi kisah Raqib dan Nadra yg diadun buat kita rasa suka akan perhubungan mereka..mcm bukan kahwin terpaksa..tapi agak geram bila Raqib payah sgt nk mengucapkan sayang..tapi melalui perbuatan memang dah nmpk Raqib sayang sangat2 kat isterinya..tapi hati perempuan..mana nk puas..selagi x ucap selagi tu kita x percaya..

Disebabkan salah faham, bila Nadra tanya adakah dia penting dan disayangi Raqib, Raqib dengan lancar mengata TAK..tapi dalam hati rasa menyesal..tapi kerana mulut badan binasa.. dengan pengakuan Raqib Nadra rasa kehilangan..lagi2 selepas itu berlaku tragedi yg menyebabkan Nadra keguguran..lepas tu kematian abgnya serentak..Sedih sangat bila Nadra yang tidak sempat menatap wajah abgnya buat kali terakhir. Mula lah Nadra rasa dia tiada siapa2..dan merasa kehilangan 3 kali serentak..Raqib, Abangnya dan ank dalam kandungannya..Raqib pula merasa menyesal yang amat..

Watak Idlan adik Raqib pulang sangat menyakitkan hati..pelik dia sebagai lelaki boleh cemburu terhadap Nadra sampai sanggup buat macam2 untuk menghalau Nadra dari hidup Raqib...tp pengakhiran antara Idlan dan Nadra buat kita gembira..


Sesiapa yg belum baca..cepat2 lah pegi cari..memang x rugi beli..kalau nk tau cerita tu best ke x..mesti x boring bila di ulang baca..memang wajib dibuat koleksi yee..:))


No comments:

Post a Comment